KUALA LUMPUR: Gara-gara memuat naik video ugutan untuk menembak dan merogol ahli keluarga rakan senegaranya menerusi aplikasi Tik Tok, seorang tukang cat warga Pakistan didenda RM4,000 atau dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu ke atas Sheikh Bilal Ahmed, 25, yang mengaku bersalah mengugut Muhammad Adnan dengan memuat naik video di aplikasi Tik Tok dan mengatakan dalam bahasa Pakistan untuk menembak ahli keluarga dan merogol kakak mangsa.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan di sebuah restoran di Jalan Ipoh Chow Kit di sini pada 17 Jun lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 507 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh memandangkan ia adalah kesalahan serius.
Peguam Muhammad Syafiq Salleh yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda dengan alasan anak guamnya gagal mengawal emosi akibat tertekan kerana terpaksa membayar wang perlindungan kepada mangsa setiap hari selama empat tahun.
"Mangsa setiap hari mengutip wang secara salah terhadap tertuduh. Apabila tertuduh pulang ke rumah, lelaki itu akan berada di hadapan rumahnya dan meminta sebahagian wang perlindungan.
"Ini sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kepadanya. Anak guam saya memohon maaf atas perbuatannya dan berjanji kesalahan itu tidak akan berulang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Gara-gara memuat naik video ugutan untuk menembak dan merogol ahli keluarga rakan senegaranya menerusi aplikasi Tik Tok, seorang tukang cat warga Pakistan didenda RM4,000 atau dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret. - Gambar hiasan
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Muat naik video berkait Esha, ibu buat laporan polis terhadap tiga individu
Polis berkata laporan berkenaan dibuat oleh P. R. Puspa, 56, iaitu ibu Esha di Balai Polis Selayang pada 6.34 petang tadi.

Jamal Yunos bebas tuduhan muat naik video kenyataan jelik di Facebook
Mahkamah melepas dan membebaskan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos daripada dua pertuduhan memuat naik video dengan kenyataan jelik di laman Facebook.

Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut tembak, rogol di TikTok
Gara-gara memuat naik video ugutan untuk menembak dan merogol ahli keluarga rakan senegaranya menerusi aplikasi Tik Tok, seorang tukang cat warga Pakistan didenda RM4,000 atau dipenjara dua bulan.