Tindakan seorang pengusaha kedai perkhidmatan cuci pakaian di Muar, Johor memohon maaf dan menarik semula keputusan membuka perkhidmatan tersebut hanya kepada orang Islam patut diterima dengan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata tindakan itu juga sejajar dengan pandangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurutnya kebimbangan Sultan Johor bahawa tindakan pengusaha itu akan membawa kepada imej lslam yang sempit, bertentangan dengan hasrat negara membentuk satu masyarakat yang bersatu, harmoni, sederhana dan toleran adalah berasas.
"Kerajaan akan terus komited untuk menegakkan ajaran lslam yang sebenarnya di samping melindungi kepentingan kaum lain sebagaimana yang dituntut lslam," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Najib, sebagai sebuah negara Islam yang mendukung Wasatiyyah dan memperjuangkan Maqasid Syariah, Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara Islam yang sederhana, dengan mengamalkan cara hidup sederhana yang telah diamalkan sejak merdeka.
"Saya yakin umat Islam akan terus menegakkan perjuangan ini kerana kita semua ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya, dihormati dan menjadi contoh kepada negara lain," kata Najib.
Sejak minggu lepas, gambar kedai dobi itu tular di media sosial apabila dilaporkan hanya pelanggan Islam sahaja dibenarkan menggunakan mesin pencuci pakaian di premis itu.
Tindakan pengusaha dobi tersebut ditegur oleh Sultan Ibrahim yang bertitah agar konsep perniagaan itu diubah atau Baginda sendiri akan mengambil tindakan.
Susulan itu, pengusaha terbabit bertindak memohon maaf dan dilaporkan telah menurunkan papan tanda 'Mesra Muslim' di premisnya sejak pukul 10 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2017
Menurut perdana menteri sebagai sebuah negara Islam yang mendukung Wasatiyyah dan memperjuangkan Maqasid Syariah, Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara Islam yang sederhana. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.
PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang
Waktu operasi turut dihadkan bagi beberapa premis perniagaan, seperti restoran yang hanya dibenarkan buka dari 6 pagi ke 8 malam.
Tiga kedai dobi ingkar SOP diarah tutup seminggu
Operasi bersepadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula pukul 4 petang mendapati premis dobi tersebut tidak mencatat kehadiran dan mengambil suhu badan pelanggan.
Pembunuh kucing di dobi Kepong direman empat hari
Perintah reman ke atas lelaki itu diperolehi dari Mahkamah Selayang, Selangor selama 4 hari, mulai 13 Julai hingga 16 Julai 2020
PKP: Kedai dobi, kedai elektrik, kedai barangan logam dibenar beroperasi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengumumkan tiga subsektor tambahan boleh beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) fasa tiga.
Pusat dobi layan diri tidak dibenarkan beroperasi
Turut tidak dibenarkan beroperasi, pasar malam dan pasar tani sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul
Bunuh kucing bunting guna pengering dobi, pekerja kontrak diarah bela diri
Rasyihah Ghazali membuat keputusan itu terhadap K. Ganesh, 42, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Tengku Permaisuri Selangor lega pembunuh kucing dihukum
Tengku Permaisuri Norashikin dalam masa yang sama turut berasa amat dukacita dan sedih kerana masih berlaku beberapa insiden yang melibatkan kekejaman terhadap haiwan.
Bunuh kucing: Juruteknik elektrik dibebas tanpa dilepaskan daripada tuduhan
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada pengarah pendakwaan veterinar Selangor untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh.
Bunuh kucing di dobi, dua rakan didakwa di mahkamah
A. Mohanraj, 41, S.S. Satthiya, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.