Tiga buah kedai dobi layan diri diarahkan tutup selama tujuh hari kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Kepala Batas, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bersepadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula pukul 4 petang itu mendapati premis dobi tersebut tidak mencatat kehadiran dan mengambil suhu badan pelanggan.
"Selain itu, pemeriksaan kami juga mendapati kedai-kedai dobi itu juga membiarkan pelanggan yang hadir ke premis mereka tanpa memakai pelitup muka serta tidak menggunakan aplikasi QR My Sejahtera. Pihak KKM mengarahkan tiga kedai tersebut ditutup selama tujuh hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya pihak polis turut mengeluarkan kompaun masing-masing RM1,000 ke atas pemilik tiga kedai dobi itu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Beliau berkata polis bersama-sama KKM akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan di semua premis sekitar daerah SPU bagi memastikan pemiliknya mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020
![Tiga kedai dobi ingkar SOP diarah tutup seminggu Tiga kedai dobi ingkar SOP diarah tutup seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597632751_ACPNoorzainyMohdN.jpg)
Noorzainy berkata, pihak polis turut mengeluarkan kompaun masing-masing RM1,000 ke atas pemilik tiga kedai dobi itu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan. - Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852 Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735723734_Dobi.jpg)
Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852
CAP sering menerima aduan mengenai tindakan perokok di kawasan dobi, selain bangunan tempat kerja serta perhentian bas.
![Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728029940_DzulkeflyAhmad.jpg)
Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.
![PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610526771_dobi.jpg)
PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang
Waktu operasi turut dihadkan bagi beberapa premis perniagaan, seperti restoran yang hanya dibenarkan buka dari 6 pagi ke 8 malam.
![Tiga kedai dobi ingkar SOP diarah tutup seminggu Tiga kedai dobi ingkar SOP diarah tutup seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597632751_ACPNoorzainyMohdN.jpg)
Tiga kedai dobi ingkar SOP diarah tutup seminggu
Operasi bersepadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula pukul 4 petang mendapati premis dobi tersebut tidak mencatat kehadiran dan mengambil suhu badan pelanggan.
![Pembunuh kucing di dobi Kepong direman empat hari Pembunuh kucing di dobi Kepong direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594554366_bunuhkucing.jpg)
Pembunuh kucing di dobi Kepong direman empat hari
Perintah reman ke atas lelaki itu diperolehi dari Mahkamah Selayang, Selangor selama 4 hari, mulai 13 Julai hingga 16 Julai 2020
![PKP: Kedai dobi, kedai elektrik, kedai barangan logam dibenar beroperasi PKP: Kedai dobi, kedai elektrik, kedai barangan logam dibenar beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81582618287_DatukAlexanderNant.jpg)
PKP: Kedai dobi, kedai elektrik, kedai barangan logam dibenar beroperasi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengumumkan tiga subsektor tambahan boleh beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) fasa tiga.
![Pusat dobi layan diri tidak dibenarkan beroperasi Pusat dobi layan diri tidak dibenarkan beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41584500636_dobi.jpg)
Pusat dobi layan diri tidak dibenarkan beroperasi
Turut tidak dibenarkan beroperasi, pasar malam dan pasar tani sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul
![Bunuh kucing bunting guna pengering dobi, pekerja kontrak diarah bela diri Bunuh kucing bunting guna pengering dobi, pekerja kontrak diarah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41568262466_TBBUNUHKUCING.jpg)
Bunuh kucing bunting guna pengering dobi, pekerja kontrak diarah bela diri
Rasyihah Ghazali membuat keputusan itu terhadap K. Ganesh, 42, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
![Tengku Permaisuri Selangor lega pembunuh kucing dihukum Tengku Permaisuri Selangor lega pembunuh kucing dihukum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536938776_engkuPermaisuriSel.jpg)
Tengku Permaisuri Selangor lega pembunuh kucing dihukum
Tengku Permaisuri Norashikin dalam masa yang sama turut berasa amat dukacita dan sedih kerana masih berlaku beberapa insiden yang melibatkan kekejaman terhadap haiwan.
![Bunuh kucing: Juruteknik elektrik dibebas tanpa dilepaskan daripada tuduhan Bunuh kucing: Juruteknik elektrik dibebas tanpa dilepaskan daripada tuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51539667538_TBBUNUHKUCING.jpg)
Bunuh kucing: Juruteknik elektrik dibebas tanpa dilepaskan daripada tuduhan
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada pengarah pendakwaan veterinar Selangor untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh.