Dua rakan serumah didakwa hari ini atas tuduhan dengan kejamnya menyebabkan penderitaan terhadap seekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian yang membawa kepada kematian haiwan itu di sebuah kedai dobi layan diri.
Pemandu teksi A. Mohanraj, 41, dan juruteknik elektrik S.S. Satthiya, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas telah dengan kejamnya menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves di sini antara 12.54 tengah malam dan 1 pagi, pada 11 Sept lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan mengikut akta tersebut adalah yang pertama dijalankan di negara ini sejak ia berkuat kuasa pada Julai 2017.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan memohon syarat tambahan supaya kedua-dua tertuduh melapor diri di balai polis.
Ketika rayuan mengurangkan jaminan, Mohanraj yang tidak diwakili peguam berkata dia perlu menyara ibu bapanya manakala Satthiya, yang juga tidak diwakili peguam, memberitahu dia baharu sahaja mula bekerja sebagai juruteknik.
Rasyihah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis pada setiap bulan sehingga kes selesai. Tarikh 16 Okt ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Pendakwaan turut dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor Mohd Roslan Isa dan turut hadir mengikuti prosiding adalah Pengarah Penguatkuasa JPV Malaysia Zaharinan Abd Aziz.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada 9.11 pagi dan mereka yang memakai pakaian sama seperti ketika ditangkap dan ditahan reman, kelihatan bersahaja biarpun dikerumuni jurugambar dan wartawan.
BACA: Kes bunuh kucing: Pelaku ada masalah mental, perlukan kaunseling
Sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan kejam dua individu yang membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin mengering pakaian di sebuah kedai dobi layan.
Bangkai kucing itu ditemui seorang pelanggan ketika ingin menggunakan mesin pengering berkenaan.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut kemudian tersebar di media sosial dan menerima kecaman masyarakat sebelum Persatuan Haiwan Malaysia bertindak membuat laporan polis dan kedua-dua individu itu ditahan pada Jumaat lalu. — Bernama
Bernama
Thu Sep 20 2018

Pemandu teksi A. Mohanraj, 41, dan juruteknik elektrik S.S. Satthiya, 26, (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini. - BERNAMA
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Ibu hidup derita, jadi 'hamba' anak penagih dadah
Pada saat warga emas lain berehat menghabiskan sisa usia, seorang wanita warga emas berdepan mimpi ngeri apabila diperlakukan seperti hamba abdi oleh anaknya sendiri.

Dua beranak ditahan tembak kucing jiran guna senapang angin
Tidak tahan kucing betina milik jiran masuk rumah, warga emas dan anaknya membunuh haiwan itu.

Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut
Seorang lelaki pada mulanya terlihat beberapa ekor kucing mati bergelimpangan di sekitar pantai tersebut pada pagi Ahad.

Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari
Semalam Astro Awani melaporkan seorang wanita bertindak kejam apabila tergamak memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi sehingga salah seekor daripada kucing yang sedang bunting mati.

Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian
Arie berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan disedari orang awam sekitar pukul 9 pagi tadi.

Bunuh kucing bunting guna pengering dobi, pekerja kontrak diarah bela diri
Rasyihah Ghazali membuat keputusan itu terhadap K. Ganesh, 42, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Lelaki jerut kucing dipenjara 15 bulan
Lelaki itu diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum hari ini.

Bunuh kucing dengan kejam di kedai dobi, pemandu teksi dipenjara dua tahun
Seorang lelaki yang videonya tular berhubung tindakan kejam bersama rakannya membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri.

Bunuh kucing di dobi: Suspek terakhir direman
Suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan polis di Seri Kembangan malam tadi selepas melarikan diri selama hampir sebulan.

Bunuh kucing di dobi, dua rakan didakwa di mahkamah
A. Mohanraj, 41, S.S. Satthiya, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.