KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan menyelaras lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 29 hingga 31 Mac lalu.
Demikian pandangan disuarakan bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman yang berkata, Saifuddin seharusnya dapat menguruskan situasi dengan lebih baik, terutamanya melibatkan dua diplomat negara ini.
"Secara peribadinya, saya akan mengendalikan situasi dengan lebih berbeza dan akan mengarahkan siasatan dalaman dijalankan terlebih dahulu.
"Meskipun Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan memanggil pulang dua diplomat negara di atas kegagalan penyelarasan urusan pentadbiran dan logistik lawatan tersebut adalah perkara biasa, namun tindakan memanggil semula (diplomat) tidak seharusnya dilakukan secara tergesa-gesa.
"Saya ragu-ragu bagaimana diplomat kanan dan berpengalaman boleh terlepas pandang mengenai butiran penting, terutamanya apabila ia melibatkan perdana menteri kita," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Gagal urus lawatan PM ke Dubai: Diplomat Malaysia ke UAE dipanggil pulang - KLN
Jelas Anifah lagi, lazimnya apabila terdapat lawatan rasmi perdana menteri ke luar negara, persediaan yang rapi melibatkan menteri luar akan dilakukan terlebih dahulu.
"Beliau (menteri luar) sepatutnya berada di lokasi ketibaan terlebih dahulu sebelum kedatangan perdana menteri bagi memastikan segala persiapan dipenuhi.
"Jika sebagai menteri luar, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekurangan seperti yang berlaku ketika lawatan perdana menteri ke UAE baru-baru ini.
"Ini merupakan sesuatu yang memalukan buat negara kita. Dan menteri sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekurangan yang datang dari kementeriannya sendiri," kata beliau.
Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berkata, tindakan memanggil balik dua diplomat negara di UAE hanya akan memberi imej buruk terhadap negara.
Ia, katanya, seolah-olah menggambarkan Malaysia tidak mampu mengendalikan lawatan penting melibatkan ketua negara.
"Pegawai serta diploma di Wisma Putra terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Dan selalunya mereka yang dipilih sebagai duta adalah diplomat peringkat tertinggi, dengan pengalaman yang cukup besar.
"Insiden seperti itu jarang berlaku. Sekiranya berlaku, situasi seperti itu dapat ditangani terlebih dahulu oleh menteri luar," jelas beliau lagi.
Kata Anifah, adalah menjadi tanggungjawab Saifuddin untuk berada di lokasi ketibaan dan sekiranya tidak dapat berbuat demikian, beliau tidak sepatutnya bersetuju dengan keputusan memanggil semula dua diplomat negara ke Putrajaya.
Terdahulu, Kementerian Luar mengesahkan Duta Besar Malaysia ke UAE dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai dipanggil pulang atas kegagalan menyelaras urusan lawatan rasmi perdana menteri pada 29 hingga 31 Mac lalu.
Menurut Wisma Putra, tindakan itu diambil kerana kedua-dua ketua perwakilan tersebut didapati gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan itu, berdasarkan Prosedur Operasi Tetap bagi lawatan peringkat tinggi negara di luar negeri, terutamanya semasa ketibaan perdana menteri di Dubai.
Nickyson Nyambar
Wed Apr 13 2022
Anifah berkata, tindakan memanggil balik dua diplomat negara di UAE hanya akan memberi imej buruk terhadap negara, yang seolah-olah tidak mampu mengendalikan lawatan penting melibatkan ketua negara. - Gambar fail
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyat
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Pelanggaran sempadan maritim: Sabah serah kepada Persekutuan untuk tindakan
Kerajaan Sabah menyerahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Wisma Putra dalam usaha mendepani serta mengambil tindakan lanjut mengenai isu dua akta maritim baharu Filipina.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada susulan letusan gunung berapi Flores
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Isnin mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di kawasan terjejas berada dalam keadaan selamat.
Letupan bom di Pakistan: Kementerian Luar Negeri nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan berwaspada dan sentiasa dapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai.
CMAG: Malaysia dipilih sambung keahlian bagi penggal ketiga, bukti perjuang nilai tadbir baik
Malaysia dipilih untuk menyambung keahliannya dalam Kumpulan Tindakan Menteri-Menteri Komanwel (CMAG) bagi penggal ketiga, berturut-turut, untuk tempoh 2024-2026.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Kristine di Filipina setakat ini
Kementerian Luar memaklumkan bahawa taufan ini dijangka keluar dari kawasan tanggungjawab Filipina pada Jumaat, dan rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan agar berwaspada.
Malaysia kecam serangan di TAI, minta rakyat Malaysia waspada
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI).
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Rakyat Malaysia di Iraq, Iran diminta mendaftar melalui E-Konsular - Wisma Putra
Semua rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke Iraq dan Iran disarankan untuk segera mendaftar melalui E-Konsular.
Tiada pelajar Malaysia berdaftar lanjut pengajian di Lubnan - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi mengesahkan tiada pelajar Malaysia berdaftar yang melanjutkan pelajaran di Lubnan, setakat ini.
Malaysia hulur bantuan kepada Namibia yang dilanda kemarau
Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya menyerahkan sumbangan negara kepada Perdana Menteri Namibia, Saara Kuugongelwa Amadhila pada Isnin.