Pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bertindak mengambil tindakan kecemasan dengan membuka klinik bergerak di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah bagi mengesan tanda awal keracunan makanan di kalangan penduduk kampung yang kini mengalami simptom muntah-muntah dan cirit-birit.
Tinjauan di Kampung Huma mendapati ramai penduduk kampung keluar mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik bergerak tersebut.
Dengan kerjasama pihak hospital dan penduduk kampung, klinik bergerak tersebut kini ditempatkan di surau kampung itu.
Ia dibantu lebih 20 pegawai kesihatan termasuk jururawat dan doktor.
Menurut Pengarah HSAH Dr Idris Ahmad, sehingga kini 35 mangsa masih dirawat di HSAH termasuk dua yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sementara 78 yang lain hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Beliau tidak menolak kemungkinan ayam yang disimpan beberapa telah dicemari bakteria sekaligus menimbulkan masalah mereka yang menjamah masakan tersebut.
Menurut salah seorang mangsa yang ditemui, Rusmaidi Ramli, 38, kesemua ahli keluarganya kini di tahan di wad HSAH bagi menerima rawatan lanjut setelah mengalami cirit-birit sejak menghadiri sebuah kenduri pada Sabtu lalu.
Sementara itu, suasana suram menyelubungi kediaman salah seorang mangsa keracunan, Nur Ahazana Mohd Rashid, 24, yang meninggal dunia.
Jenazah dikebumikan pagi Selasa di Tanah Perkuburan Masjid Al-Irsyad Kampung Tempoyak, Merbok.
Nur Shazana adalah mangsa pertama yang meninggal dunia akibat keracunan. Dia meninggal dunia di HSAH kira-kira jam 12.45 tengah hari pada Isnin.
Mangsa dikatakan menghadiri sebuah majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Kuala Muda Sabtu lalu sebelum mengalami sakit perut dan ciri birit selepas pulang ke rumah.
Setakat ini, tiga orang telah disahkan meninggal dunia manakala 113 lagi sedang mendapatkan rawatan di HSAH akibat keracunan makanan tersebut.