ALOR SETAR: Seramai 42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dikesan positif COVID-19 sehingga hari ini, kata Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo.
Kakitangan hospital yang terdiri daripada doktor dan jururawat itu kini sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing.
"Sebelum ini, seramai 30 kakitangan telah dijangkiti COVID-19 dan terbaru 12 lagi dijangkiti (sejak semalam dan hari ini) dan sedang menjalani kuarantin di rumah kerana berada pada kategori satu dan dua.
"Kita belum dapat sahkan sama ada mereka ini dijangkiti virus membabitkan varian Delta, varian Beta atau varian lama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rabu lepas, kerajaan Kedah dalam satu kenyataan menafikan hospital itu ditutup dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan penularan wabak dalam kalangan kakitangannya.
BACA: Ramai doktor, jururawat dijangkiti COVID-19, wad Hospital Sultan Abdul Halim ditutup sementara - Exco
Kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman itu sebagai mengulas mesej tular dalam media sosial yang mendakwa HSAH ditutup selepas 100 petugasnya dijangkiti COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021

Kakitangan hospital yang terdiri daripada doktor dan jururawat itu kini sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing. - Gambar fail

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Gangguan sistem: Hospital Sultan Abdul Halim aktifkan BCP
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani telah mengaktifkan pelan kesinambungan perkhidmatan (BCP) secara berperingkat.

Bapa Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Mustafa Khalid memaklumkan, Allahyarham baharu selesai menjalani pembedahan bagi penyakit angin pasang di HSAH.

Padah berlumba, dua maut, lima parah berlanggar sesama sendiri
Dalam kejadian jam 2.35 pagi itu, ketujuh-tujuh mangsa cedera parah selepas tercampak di atas jalan raya.

Remaja maut kemalangan motosikal, dua adik cedera parah
Mangsa berumur 17 tahun yang menunggang motosikal jenis Demak meninggal dunia di tempat kejadian.

JKN Kedah minta henti tular video pesakit COVID-19 didakwa dibiarkan mati
Pihaknya sangat kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan video berkenaan.

'Saya akan ditidurkan, maafkan semua' - Status terakhir penyanyi lagu asli sebelum meninggal dunia
Allahyarham merupakan penyanyi lagu-lagu asli dan pemenang tempat ketiga pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada 2009.

Tikam anak saudara kerana dadah
Suspek dipercayai minta wang daripada kakaknya untuk beli dadah namun berlaku pertengkaran mulut antara mereka selepas suspek tidak diberikan wang.

Pelajar IPT meninggal dunia selepas dilapor tidak sedarkan diri
Mangsa dikatakan mengalami sakit kepala dan sempat mengejutkan rakan serumah sebaik dia terjaga dari tidur pada jam 3 pagi.

42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim positif COVID-19
Seramai 42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dikesan positif COVID-19 sehingga hari ini, kata Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo.

Penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 di Kedah kritikal
Antara hospital yang berada pada tahap kritikal ialah Hospital Sultanah Bahiyah dengan penggunaan 92 peratus atau 134 daripada keseluruhan 145 katil.