Sekeping gambar yang memaparkan seorang doktor menunjukkan isyarat ‘peace’ sambil merakam keadaan pesakit wanita yang ketika itu dalam posisi bersalin menjadi viral di laman sosial sehingga mengundang kemarahan orang ramai.
Gambar tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Kak Long Di Sini berserta kenyataan yang menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap doktor berkenaan.
Gambar diperolehi dari Facebook Kak Long Di Sini
“Saya terkejut dengan tahap kebodohan dan keangkuhan seorang doktor junior di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru.“Pesakit dilihat sedang mengalami masalah obstetrik, mereka bukannya mengambil serius tentang wanita tersebut, sebaliknya mereka memilih untuk bergambar pula.
“Tingkah laku dan tindakan tidak bertimbang rasa itu mengundang kemarahan saya serta orang lain yang melihat gambar tersebut.
“Perkara yang paling tidak masuk akal ialah, bahagian aurat pesakit itu turut terdedah dalam gambar berkenaan.
“Mohon siasat perkara ini dengan serius dan kenakan tindakan yang tegas kepada mereka yang terlibat," tulis wanita tersebut di akaun Facebooknya.
Gambar tersebut dipercayai dirakam di sebuah hospital di Johor Bahru.
Para netizen juga tidak melepaskan peluang untuk mengkritik tindakan doktor tersebut di bawah posting tersebut.
Gambar diperolehi dari Facebook Kak Long Di Sini
Dalam entri yang sama, Ketua Pengarah Kesihatan. YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah membalas kenyataan tersebut menerusi laman Facebookya.
Menurut beliau, mereka telah mengenal pasti hospital serta pegawai perubatan yang terbabit dan menegaskan tindakan akan diambil setelah selesai siasatan.