Tindakan vandalisme menconteng mural potret arwah anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, di Shah Alam yang viral baru-baru ini adalah tindakan tidak waras.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, sebagai rakyat sebuah negara membangun, tindakan kita sepatutnya selalu rasional.
"Jika tidak berpuas hati dengan pihak tertentu, ia (menconteng mural) bukanlah cara atau tindakan yang betul untuk meluahkan perasaan.
"Jika masih berkelakuan perkara sedemikian, anda seolah-olah tidak mempunyai arah tujuan.
"Bertindaklah seiring dengan status negara maju," katanya kepada pemberita pada majlis Ramah Tamah dan Ngiling Bidai di Ibu Pejabat JBPM negeri Sarawak di sini, pada Ahad.
Media tempatan melaporkan, kejadian vandalisme itu mula ditularkan di media sosial sejak Jumaat lepas dan difahamkan mural itu dilukis bagi memperingati jasa dan pengorbanan Muhammad Adib yang maut dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada hujung tahun lalu.
Muhammad Adib, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera dalam rusuhan di tapak kuil tersebut pada 27 Nov lalu dan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Dis.
Sehingga kini, prosiding Inkues kematian Muhammad Adib masih berlangsung dan berada di fasa akhir dalam usaha mencari punca kematian beliau. -- Bernama
Bernama
Sun Jun 30 2019

Mural yang memaparkan wajah Allahyarham Muhammad Adib di bawah jejambat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mahkamah Tinggi keluar waran tangkap Azwanddin
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan JJM, Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailka

Satu saat pun saya tidak pernah lupa berdoa untuk Adib - Ibu
Asma Aziz berharap agar keputusan inkues bagi mencari punca kematian Muhammad Adib yang akan diumumkan esok, memihak kepada keluarganya.

Inkues Adib: 'Metodologi pakar forensik HKL salah'
Prof Dr Shahrom Abd Wahid menyifatkan individu yang membuat eksperimen untuk ketahui punca kematian Muhammad Adib sebagai tidak berpengalaman.

'Tindakan conteng mural Muhammad Adib tidak waras' - KP Bomba
Sebagai rakyat sebuah negara membangun, tindakan kita sepatutnya selalu rasional.

Inkues Adib: Prosiding ditangguh esok
Prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di sini, ditangguh esok.

'Adib minta kebenaran guna telefon bimbit' - Saksi
Dr Suneta yang juga saksi ke-15 memaklumkan pasukan perubatannya yang merawat Muhammad Adib telah meletakkan syarat tertentu sebelum membenarkan permohonan beliau untuk menggunakan telefon bimbit.

Inkues Adib: 'Saya pening dan takut' - Saksi
Prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan pada hari ketujuh dengan keterangan saksi ke-11, K. Arumugam, pada Selasa.

Mahkamah tolak permohonan halang pemaju masuk tapak Kuil Sri Maha Mariamman
Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak dengan kos permohonan bagi injunksi interlocutory oleh 50 penganut Kuil Sri Maha Mariamman untuk menghalang One City Development daripada memasuki kawasan itu.

30 saksi akan dipanggil untuk inkues Adib
Seramai 30 saksi akan dipanggil untuk prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammmad Adib Mohd Kassim.

Pengurusan kes inkues Muhammad Adib pada 18 Jan
Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditetapkan pada 18 Jan ini.