Sistem satu orang satu undi tidak praktikal untuk dilaksanakan dalam usaha mentransformasi sistem pilihan raya di malaysia.

Ini kerana ia dilihat mewujudkan sistem pilihan raya yang tidak seimbang, mengikut pandangan yang disuarakan pengasas NGO Tindak Malaysia, P.Y. Wong.

Justeru beliau berpendapat, sistem sedia ada, first past the post atau “siapa cepat dia dapat” perlu digabungkan dengan sistem perwakilan seimbang bagi mewujudkan sistem pilihan raya lebih adil.

“Dari segi praktikal, kalau kita nak menjadikan system lebih seimbang. Kita kena menggabungkan system first past the post dengan system perwakilan seimbang(mixed proportional system),” kata Wong.

Beliau ditemui ketika siri forum pilihan raya anjuran Majlis Peguam malaysia di ibu negara.

Pada masa sama, masyarakat disaran meningkatkan penyertaan dalam proses transformasi sistem pilihan raya di Malaysia.

Evolusi politik pilihan raya mendesak penyertaan menyeluruh masyarakat dalam mengisi ruang perdebatan membantu proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.