Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) (Operasi) Johor kerana disyaki bersubahat dalam meminta serta menerima wang rasuah daripada seorang pengurus projek syarikat kejuruteraan petroleum.
SPRM dalam kenyataan di sini berkata suspek yang berumur 47 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira 11.00 malam tadi bagi membantu siasatan.
Susulan penangkapan itu pasukan penyiasat telah menyerbu tiga lokasi berlainan di sini dan menjumpai wang tunai berjumlah RM40,400 dan S$1,613 serta merampas beberapa dokumen berkaitan projek berkenaan.
Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM 8,000 daripada pengurus projek tersebut melalui seorang pegawai JKKP yang ditahan sebelum ini sebagai dorongan untuk tidak diambil tindakan terhadap syarikat itu yang memasang Mesin Angkat (Grip Hoist) tanpa mendapat kebenaran daripada JKKP.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM 10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Pengarah SPRM Johor Dato Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek telah dihadapkan ke mahkamah pagi ini untuk permohonan reman.
Pada 31 Okt lalu, seorang Penolong Pengarah JKKP Johor ditahan pada 2.40 petang di sebuah hotel di Johor Bahru kerana disyaki terlibat dalam kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM30,000 daripada pengurus projek itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2017
SPRM dalam kenyataan berkata suspek berumur 47 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira 11.00 malam tadi bagi membantu siasatan. -Gambar fail
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.
Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.
90 tangkapan SPRM Johor sejak 2020 hingga 2022 babitkan penjawat awam
Sebanyak 90 tangkapan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2020 hingga Dis tahun lepas di negeri ini melibatkan penjawat awam.
Kakitangan sekolah ditahan kemuka tuntutan palsu
Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM di sini kira-kira jam 5 petang Isnin selepas hadir memberikan keterangan.
Ejen pemerdagangan manusia ditahan rasuah anggota polis di SJR
Seorang lelaki dipercayai ejen kegiatan pemerdagangan manusia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai memberi rasuah kepada anggota polis.
Wee rakam penghargaan petugas HKL rawat mangsa pelanggaran LRT
Jutaan terima kasih kepada 'unsung heroes' dari HKL di bawah Ketua Jabatan Neurosurgery Dr Azmi Alias kerana menyelamat dan merawat semua mangsa yang tercedera.
Pensyarah minta rasuah ditahan
Lelaki berusia 29 tahun yang bertugas di sebuah akademi swasta itu ditahan di pejabat SPRM negeri kira-kira 2 petang semalam.
Tuntutan palsu RM20 juta, SPRM tahan penyelia asrama bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penyelia asrama di Kota Tinggi malam tadi bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu kontrak pembekalan makanan pelajar.
Kartel daging: Kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lepas - SPRM Johor
SPRM Negeri Johor sudah pun menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kartel penyeludupan daging sejuk beku kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lalu.
Kartel daging: Lebih banyak tangkapan akan menyusul - SPRM
Beberapa lagi individu akan ditahan berhubung isu sindiket kartel daging import haram.