Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa) hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tiga pertuduhan menerima rasuah bernilai RM74,600 daripada seorang ahli perniagaan, tujuh tahun lalu.
Hakim Allaudeen Ismail membebaskan Nisra Nisran Angit @ Asra Ramlan, 42, daripada pertuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan.
Allaudeen dalam penghakimannya berkata, saksi pendakwaan keenam iaitu Yusoff Othman memberi keterangan bercanggah menyebabkan kebolehpercayaan keterangannya ditolak oleh mahkamah.
Bagi pertuduhan pertama, Nisa Nisran didakwa menerima wang berjumlah RM34,600 daripada seorang ahli perniagaan iaitu Hamzah Sia melalui akaun pihak ketiga milik Yusoff Othman, yang mana tertuduh mengetahui bahawa syarikat milik dan dalam kawalan Hamzah ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Cawangan Ampang Park, Ampang Park Shopping Centre di sini, pada 6 Julai 2010.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, lelaki itu didakwa mendapat untuk dirinya wang masing-masing berjumlah RM20,000 daripada Hamzah melalui akaun bank pihak ketiga milik Yusoff, yang mana tertuduh mengetahui bahawa syarikat milik dan dalam kawalan Hamzah ada hubungan dengan kerja rasminya.
Nisra Nisran didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Public Mutual Berhad, Blok B, Sri Damansara Business Park, Bandar Sri Damansara, di sini, pada 6 dan 17 Dis 2010.
Bagi kesemua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mahadi Abdul Jumaat, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan Mohd Daud Ismail. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 20 2017
Bagi kesemua pertuduhan, Nisra Nisran didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Timbalan Ketua Pengarah JAKOA bebas tuduhan rasuah
Hakim Allaudeen Ismail membebaskan Nisra Nisran Angit @ Asra Ramlan, 42, daripada pertuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.