Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang ditahan polis Selasa lepas kerana dikatakan cuba menyertai jihad kumpulan militan IS di Syria dipercayai dipengaruhi 'bakal suaminya'.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di sini hari ini berkata lelaki berkenaan merupakan anggota kumpulan militan IS di Syria.
"Hasil siasatan terhadap pelajar itu mendapati tiket penerbangan dan kos perjalanan suspek ke negara itu turut ditampung lelaki yang didakwa sebagai bakal suaminya.
"Kemungkinan juga cerita untuk berkahwin daripada suspek itu hanya rekaan sahaja," katanya.
Pelajar pengajian agama di sebuah institut tahfiz di Shah Alam, Selangor ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana telah membuat persiapan untuk perjalanan ke Syria menerusi Mesir.
Suspek dipercayai merancang untuk berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir sebelum menyusup masuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas itu.
Pelajar yang berasal dari Muar, Johor itu dipercayai terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan di Syria selepas berinteraksi melalui Facebook dengan dua individu yang cuba mempengaruhi suspek menyertai kumpulan pengganas di negara itu.
Bernama
Thu Feb 19 2015

Suspek dipercayai merancang untuk berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir sebelum menyusup masuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas itu. - Gambar Hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

IS: Tiket penerbangan dan kos perjalanan pelajar dipercayai ditanggung 'bakal suami'
Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang ditahan polis Selasa lepas kerana dikatakan cuba menyertai jihad kumpulan militan IS di Syria dipercayai dipengaruhi 'bakal suaminya'.