Lebih 50 penyokong pasukan Kelantan dan Pahang ditahan setakat pukul 5 petang ini atas kesalahan menggunakan tiket palsu dan membawa bahan larangan seperti mercun serta bunga api ke Stadium Shah Alam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kira-kira 40,000 hingga 50,000 penyokong daripada kedua-dua pasukan telah memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan kedua-dua pasukan malam ini.
Katanya jumlah anggota polis mencukupi bagi memantau keadaan dan keselamatan di kawasan stadium sepanjang perlawanan itu.
"Ingin saya nasihatkan kedua-dua penyokong agar jangan membuat sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kekacauan atau membawa barangan terlarang ke dalam stadium," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini.
Mengenai isu intipan pihak luar terhadap kepentingan negara, beliau berkata tindakan sepatutnya akan diambil sekiranya pihak dari negara luar mengintip tahap keselamatan negara.
Khalid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menjalin kerjasama rapat dengan negara luar termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Kanada.
PDRM, katanya, sentiasa bertukar-tukar maklumat berkenaan pelbagai isu seperti dadah dan keganasan.
"Kita juga jalin kerjasama keselamatan dengan negara-negara seperti Mesir, China, Jepun dan Korea bagi menguatkan lagi keselamatan negara," katanya.
Isu itu timbul berikutan laporan akhbar mengenai dakwaan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Joseph Snowden yang mendedahkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaannya di Kuala Lumpur.
Bernama
Sun Nov 03 2013


Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound
Perpindahan Thiago dengan kontrak empat tahun bersama Liverpool bernilai 20 juta pound (RM106.7 juta) dengan tambahan 5 juta pound (RM26.7 juta).

Harimau Malaya tewas? Ini reaksi spontan Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Harimau Malaya tidak kecewa dan terus usaha.

Kawasan Stadium Shah Alam digenangi air selepas hujan hampir sejam
Hujan yang berterusan hampir sejam itu menyaksikan sebahagian kawasan parkir kereta di stadium tersebut digenangi air.