SHAH ALAM: Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempertikai harga tiket penerbangan Kuala Lumpur- Tawau sempena Hari Raya Aidilfitri yang disifatkan terlalu mahal.
Menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya, Ka Siong berkata hasil semakan mendapati tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang musim Hari Raya Aidilfitri ini (20 April 2023) menjangkau RM3,138.
Menurutnya, ketika pintu sempadan baru saja dibuka pada 1 April tahun lalu, tambang ketika itu melebihi RM1,000 kerana tidak banyak pesawat boleh beroperasi ekoran perlu melalui proses penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) untuk tiga bulan sebelum dibenarkan beroperasi demi keselamatan.
“Pada masa itu, saya selaku Menteri Pengangkutan serta kerajaan dikritik teruk. Saya berdepan situasi tersebut dengan sebaik mungkin. Sekarang, bukan lagi isu sekatan pergerakan akibat COVID-19 atau MRO, tapi harga tambang dari Kuala Lumpur ke Tawau bernilai RM3,138 seorang.
“Macam mana keluarga B40 dan M40 khususnya warga Tawau di perantauan nak beraya tahun ini?
“Pada masa ini bukan waktu berlakunya pandemik COVID-19, sektor penerbangan beransur pulih, kebanyakan pesawat tidak lagi didaratkan 'grounded' seperti waktu pandemik,” katanya pada Sabtu.
Ujarnya, syarikat penerbangan tiada alasan untuk tidak menambah frekuensi selagi ada kemampuan dan tiada lagi sekatan 'passenger load' sebanyak 50 peratus sewaktu COVID-19 yang memberi justifikasi harga tambang penerbangan melonjak tinggi.
“Tambahan pula, frekuensi penerbangan tidak lagi dikawal oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah atau Sarawak, MYAirline telah pun beroperasi pada 1 Disember 2022, malah MAVCOM pun telah meluluskan banyak penerbangan seperti zaman pra COVID-19,” katanya.
Jelasnya lagi, tambang terlalu tinggi akan membebankan dan jangan sampai seluruh rakyat membuat andaian bahawa penerbangan tertentu dilihat mengeksploitasikan keadaan dengan mengaut keuntungan tinggi untuk memulihkan semua kerugian yang ditanggung semasa COVID-19 dalam tempoh singkat.
“Ini amat mengejutkan dan mengecewakan orang ramai, khususnya pengguna pengangkutan awam.
“Dijangkakan jawapan standard kerajaan adalah dasar kerajaan tidak mengawal tambang penerbangan kerana ‘dynamic pricing mechanism’,” katanya.
Beliau menegaskan rakyat sudah tidak dapat lagi menerima jawapan standard berkenaan tidak kira zaman siapa jadi pemerintah.
“Kepada syarikat penerbangan, tolonglah rakyat,” rayunya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 15 2023
Ka Siong (gambar kecil) mempertikai harga tiket penerbangan Kuala Lumpur-Tawau sempena Hari Raya Aidilfitri yang disifatkan terlalu mahal. - Foto Astro AWANI
Mudahnya bergelar 'Doktor' cap ayam di Malaysia
Dengan hanya serendah RM450, ijazah Doktor Kehormat kini bertukar menjadi komoditi yang mampu dimiliki sesiapa sahaja tanpa sebarang pencapaian akademik atau sumbangan kepada masyarakat.
Percuma tapi kena bayar 'table charge'
Seorang Profesor Adjung mendedahkan cubaan sindiket itu menawarkan ijazah doktor kehormat dengan bayaran RM12,000.
Banjir: Hulu Terengganu terjejas, lima PPS dibuka
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Terengganu khususnya di Hulu Terengganu
Banjir: Tanah Merah terjejas, 10 PPS dibuka
Wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Kelantan khususnya di Tanah Merah
Dinding kolam tadahan pecah, kawasan perumahan Saujana Alam banjir
Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan jalan di kawasan perumahan itu ditenggelami air.
Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Borneo [29/12/2024] - Tragedi Jeju Air 7C2216 | Suspek tiada lesen memandu | Harga semurah RM1 sebiji
AWANI Borneo Ahad, 29 Disember 2024 bersama Assim Hassan
Wisma Putra sahkan tiada rakyat malaysia terlibat nahas pesawat di Seoul.
Pemandu mabuk, tiada lesen langgar pintu kaca bank di Tawau.
'Raja buah' mula banjiri Kuching, harga semurah RM1 sebiji
Wisma Putra sahkan tiada rakyat malaysia terlibat nahas pesawat di Seoul.
Pemandu mabuk, tiada lesen langgar pintu kaca bank di Tawau.
'Raja buah' mula banjiri Kuching, harga semurah RM1 sebiji
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas Jeju Air
Beliau secara peribadi berasa amat sedih dengan insiden tragis yang berlaku di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan itu.
Variasi 'raja buah' banjiri kuching, harga mampu beli
Musim durian di Sarawak kali ini cukup meriah kerana bekalannya cukup banyak dan harganya pula murah malah ada yang dijual RM1 sebiji.
Tiket KL-Tawau sempena Aidilfitri terlalu mahal - Ka Siong
Menurutnya, tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang Aidilfitri ini menjangkau RM3,138.
Kerajaan tak boleh kawal harga tiket kapal terbang - Anthony Loke
Kerajaan tidak boleh menetapkan harga siling tiket penerbangan domestik ekoran ia mungkin menjejaskan sektor pengangkutan udara itu.
Akta Suruhanjaya Kanak-kanak antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Datuk Seri Azalina Othman Said akan bertanya kepada menteri mengenai progres terkini usaha kerajaan itu.