KUANTAN: Tiga warga Perancis ditemui selamat selepas tersesat di Gunung Berembun, Cameron Highlands pada Jumaat.
Tiga mangsa termasuk dua wanita itu ditemui orang awam di salah satu laluan di gunung berkenaan kira-kira jam 7.12 petang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.56 petang.
Menurutnya, berdasarkan maklumat, ketiga-tiga mangsa dipercayai tersesat di lokasi antara 'trail' tujuh dan lapan laluan gunung berkenaan.
"Mangsa yang gagal mencari jalan turun menghubungi pihak bomba untuk bantuan. Susulan maklumat yang didapati tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands ke lokasi untuk operasi pencarian," katanya..
Ismail memberitahu, anggota bomba dibantu anggota pejabat hutan menggerakkan operasi pendakian menuju ke lokasi mangsa dilaporkan tersesat.
"Mangsa kemudian dilaporkan ditemui oleh orang awam yang kebetulan melalui laluan itu dan operasi diteruskan bagi membantu membawa turun tiga warga asing itu.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 18 2022

Tiga warga Perancis ditemui selamat selepas tersesat di Gunung Berembun, Cameron Highlands pada Jumaat. - Foto JBPM Pahang/Sinar Harian
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Warga Pakistan mengaku tidak bersalah cabul wanita Perancis
Muhammad Akhtar membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret.

Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.

Warga Perancis meninggal dunia ketika daki Gunung Jasar Cameron Highlands
Seorang pendaki warga Perancis dilaporkan pengsan sebelum meninggal dunia ketika mendaki Gunung Jasar di Cameron Highlands pagi tadi.

Tiga warga Perancis sesat di Gunung Berembun ditemui selamat
Tiga warga Perancis ditemui selamat selepas tersesat di Gunung Berembun, Cameron Highlands pada Jumaat.

Warga Perancis bergelang merah jambu di LTAB Langkawi negatif COVID-19 - Polis
Saringan pertama ke atas seorang lelaki warga Perancis yang dikesan memakai gelang berwarna merah jambu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Langkawi, petang tadi, negatif COVID-19.

Suspek kes pedofilia warga Perancis di Indonesia mati, dipercayai gantung diri
Suspek ditemui Khamis lepas dalam keadaan tergantung dengan seutas wayar di dalam lokap Polis Metro Jaya.

Indonesia tahan lelaki Perancis cabul lebih 300 kanak-kanak jalanan
Polis menemui banyak video di komputer riba miliknya menunjukkan suspek, Francois Camille Abello mencabul lebih daripada 300 kanak-kanak.

Empat tebusan warga Perancis dibebaskan
Kementerian Pertahanan Perancis berkata keempat-empat lelaki berkenaan dibebaskan tanpa campur tangan pihak tentera dan tiada wang tebusan.