Identiti ketiga-tiga mangsa yang terkorban dikenalpasti sebagai Nurul Natasha Ahmad Akbal, 22 ; Nazira Ramli, 23 dan Suhada Ramli, 22.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.08 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dikejarkan ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi anggota bomba mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah lori treler yang membawa muatan sawit.
"Tiga wanita dewasa disahkan telah meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir manakala pemandu lori selamat dalam nahas terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Beliau berkata, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat.
Jelasnya, kesemua mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.