Tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta Mercedes Benz di Kilometer 24 Jalan Johor Baharu-Mersing, dekat sini, tengah hari tadi.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada 12 tengah hari itu ialah Ating Dasa, 25, dan dua anak saudaranya Brigeson Megong, 10, dan Laire Tifany Gasah, 7 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata Ating yang memandu kereta tersebut meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua anak saudaranya meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, di sini.
"Kereta Proton Iswara yang dipandu Ating dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Beliau berkata Proton Iswara itu turut dinaiki dua anak lelaki Ating berusia dua dan mereka sekeluarga dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Kota Tinggi.
Che Mahazan berkata dua anak mangsa dan pemandu kereta Mercedes Benz itu yang cedera parah dirawat di hospital sama.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Bernama
Sun Dec 30 2012
![Tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak Tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/41356876714_120x90.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Dua didakwa terlibat persediaan serang tokong, kelab malam di JB Dua didakwa terlibat persediaan serang tokong, kelab malam di JB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81472723152_BomPuchong.jpg)
Dua didakwa terlibat persediaan serang tokong, kelab malam di JB
Md Saifuddin Muji dan Jasanizam Rosni dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Waja, Parit Raja, Batu Pahat.
![Forest City diberikan Status Kawasan Bebas Cukai - Najib Forest City diberikan Status Kawasan Bebas Cukai - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51457244020_NajibJB.jpg)
Forest City diberikan Status Kawasan Bebas Cukai - Najib
Langkah-langkah itu dilaksanakan bagi menjayakan projek Forest City berdasarkan pelan induk serta sasarannya untuk menjadi bandar pintar dan hijau.
![Tiga maut kereta rempuh lori di lorong kecemasan Tiga maut kereta rempuh lori di lorong kecemasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/51412439543_295x200.jpg)
Tiga maut kereta rempuh lori di lorong kecemasan
Tiga orang maut apabila kereta yang mereka naiki dilapor merempuh sebuah lori di Km91.4 Lebuh Raya Utara Selatan.
![Kod etika Pemilihan UMNO tidak munasabah - Shahrir Kod etika Pemilihan UMNO tidak munasabah - Shahrir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41372309890_295x200.jpg)
Kod etika Pemilihan UMNO tidak munasabah - Shahrir
Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menyifatkan kod etika pemilihan UMNO kali ini sebagai tidak munasabah kerana menyukarkan calon untuk berkempen.
![Bumiputera kini giat libat dunia pelaburan ekuiti Bumiputera kini giat libat dunia pelaburan ekuiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/81368881773_295x200.jpg)
Bumiputera kini giat libat dunia pelaburan ekuiti
Masyarakat Melayu dan bumiputera kini dilihat lebih giat melibatkan diri dalam dunia pelaburan ekuiti.
![Tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak Tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/41356876714_120x90.jpg)
Tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak
Tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta Mercedes Benz di Jalan Johor Baharu-Mersing