Penyandang Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menyifatkan kod etika pemilihan UMNO kali ini sebagai tidak munasabah kerana menyukarkan calon untuk berkempen.
Anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata sebagai orang yang menawarkan diri, maka, setiap calon yang bertanding perlu diberi ruang seluasnya supaya mereka berpeluang menyuarakan hasrat dan bukan sekadar terbatas pada sesi pengenalan calon.
"Saya berasa pelik dan tidak munasabah kerana pada pandangan saya peluang berkempen harus dibuka seluas-luasnya.
"Ini kerana sesi pengenalan calon hanya sebagai acara rasmi untuk memperkenalkan diri kepada perwakilan," katanya selepas menghadiri sesi taklimat dan pengenalan calon UMNO Bahagian Johor Baharu, di sini, hari ini.
Shahrir berkata beliau yakin masalah politik wang juga tidak akan timbul sekiranya calon diberikan peluang berkempen memandangkan bukan mudah menyogok wang kepada perwakilan yang begitu ramai pada pemilihan kali ini.
"Kita mahu pertandingan yang sihat. Tidak perlu takut soal politik wang kerana kita ada Lembaga Disiplin parti yang boleh mengambil tindakan dan saya ingat bukan mudah juga hendak jumpa kira-kira 150,000 perwakilan yang ada," katanya.
Beliau mengulas beberapa larangan ketika berkempen termasuk semua calon di peringkat bahagian atau pusat dilarang berkempen bersendirian sebaliknya hanya dibenarkan memperkenalkan diri pada majlis rasmi anjuran Badan Perhubungan UMNO negeri.
Shahrir akan ditentang Ketua UMNO Cawangan Jalan Utama, Kampung Melayu Zulkifli Ismail dan Ketua UMNO Cawangan Taman Suria Datuk Ahmad Kemin pada pemilihan kali ini.
Mengenai pemilihan di Bahagian Johor Baharu, beliau berkata seramai 646 perwakilan daripada 83 cawangan dalam bahagian terbabit akan membuat pemilihan bagi menentukan kepimpinan parti.
Katanya pemilihan pada peringkat cawangan sebelum ini menyaksikan hampir 30 peratus berlaku peralihan kepimpinan yang sekaligus membuktikan UMNO sebagai masih 'sihat' dan 'kuat' serta terus mendapat sambutan golongan muda.
Bernama
Sat Oct 05 2013
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Dua didakwa terlibat persediaan serang tokong, kelab malam di JB
Md Saifuddin Muji dan Jasanizam Rosni dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Waja, Parit Raja, Batu Pahat.
Forest City diberikan Status Kawasan Bebas Cukai - Najib
Langkah-langkah itu dilaksanakan bagi menjayakan projek Forest City berdasarkan pelan induk serta sasarannya untuk menjadi bandar pintar dan hijau.
Tiga maut kereta rempuh lori di lorong kecemasan
Tiga orang maut apabila kereta yang mereka naiki dilapor merempuh sebuah lori di Km91.4 Lebuh Raya Utara Selatan.
Kod etika Pemilihan UMNO tidak munasabah - Shahrir
Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menyifatkan kod etika pemilihan UMNO kali ini sebagai tidak munasabah kerana menyukarkan calon untuk berkempen.
Bumiputera kini giat libat dunia pelaburan ekuiti
Masyarakat Melayu dan bumiputera kini dilihat lebih giat melibatkan diri dalam dunia pelaburan ekuiti.
Tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak
Tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta Mercedes Benz di Jalan Johor Baharu-Mersing