KUALA TERENGGANU: Tiga pemilik syarikat peralatan elektrik kerugian RM96,136 selepas menjadi mangsa penipuan individu menyamar pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kejadian bermula apabila mangsa berusia 30 hingga 60 tahun dihubungi seorang lelaki bernama Izzuddin yang memaklumkan berminat membeli alat janakuasa mudah alih untuk kegunaan pejabat.
Beliau berkata kesemua mangsa memaklumkan tidak mempunyai bekalan produk berkenaan sebelum suspek mencadangkan nama pembekal yang boleh menyediakan barangan bagi pihak syarikat mangsa.
"Mangsa yang terperdaya bertindak menghubungi pembekal tersebut untuk membuat tempahan serta bayaran ke nombor akaun yang diberikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mazli, suspek kemudiannya menghubungi mangsa dan memaklumkan bahawa peralatan sudah dihantar ke Pejabat Pendidikan Kuala Nerus.
Bagaimanapun, mangsa mula curiga kerana tidak dihubungi dan menerima sebarang bayaran kemudiannya menghubungi Pejabat Pendidikan Kuala Nerus.
"Semakan mendapati tiada kakitangan atau pegawai bernama Izzuddin di situ malah tender berkaitan alat janakuasa juga tidak wujud," katanya.
Sehubungan itu, Mazli mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sekiranya menerima tawaran dan membuat semakan dengan mana-mana pihak berkaitan sebelum melakukan pembayaran, serta segera membuat laporan polis sekiranya ditipu oleh mana-mana pihak.
Mazli berkata sebanyak 108 laporan polis berkaitan penipuan dibuat dalam seminggu bermula 24 Mac lepas melibatkan kerugian berjumlah RM440,024.60.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
Tiga pemilik syarikat peralatan elektrik kerugian RM96,136 selepas menjadi mangsa penipuan individu menyamar pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus. -Gambar fail/PDRM
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Tiga syarikat peralatan elektrik rugi hampir RM100,000 ditipu 'Izzuddin'
Mangsa yang terperdaya bertindak menghubungi pembekal tersebut untuk membuat tempahan serta bayaran ke nombor akaun yang diberikan.