KUALA LANGAT: Padah membuang sampah secara haram, tiga syarikat pengangkutan masing-masing didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, pada Selasa.
Ia selepas tiga syarikat itu yang diwakili wakil masing-masing, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.
Mahkamah turut memerintahkan pemilik syarikat terbabit dipenjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, syarikat berkenaan didakwa membuang sampah di Jalan Garuda, Teluk Mengkuang, Telok Panglima Garang dan Rancangan Tanah Belia (RTB), Bukit Changgang tahun lalu.
Ia merupakan satu kesalahan di bawah Kesalahan, Undang-undang Kecil (UUK) 4 Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDKL) 2007.
Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) juga telah menyita tiga lori berikutan kesalahan yang telah dilakukan.
Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim bersama Pegawai Pendakwanya, Ahmad Razali Abdul Manaf.
Sementara itu, Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, MPKL akan bertindak tegas terhadap mana-mana syarikat atau individu yang melakukan pembuangan sampah haram di daerah ini.
Pembuangan sampah yang tidak terkawal katanya, akan mengakibatkan pencemaran dan menjejaskan kesihatan orang awam.
“Penduduk di Kuala Langat perlu menjaga kebersihan persekitaran di sini, bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan semua pihak.
“Sekiranya anda melihat aktiviti pembuangan sampah haram, sila laporkan kepada MPKL di talian 03-31872825 atau 03-31872732,” katanya dalam satu kenyataan.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 11 2022

Tiga syarikat pengangkutan masing-masing didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Telok Datok pada Selasa kerana membuang sampah secara haram tahun lalu. - Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Buang sampah secara haram di Ipoh, kompaun RM1,000 tanpa rayuan menanti anda!
Mengenakan kompaun merupakan langkah terakhir setelah tindakan lain tidak diendahkan oleh warga kota.

MPK siar gambar, video individu buang sampah haram
Perilaku tidak bertanggungjawab itu akan disiarkan di media sosial sebagai peringatan dan pengajaran kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah sesuka hati.

Tiga syarikat didenda RM1,800 buang sampah secara haram
Tiga syarikat itu, yang diwakili wakil masing-masing, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan majistret.