SEREMBAN: Tiga suspek termasuk seorang remaja perempuan berumur 18 tahun yang direman sebelum ini susulan penemuan mayat wanita dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus-Seremban, ditahan semula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata ketiga-tiga suspek sebelum ini direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tetapi dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tamat.
Katanya, kesemua tertuduh ditahan semula bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat atas dakwaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah bagi kes sama.
"Kita sudah jamin tetapi menahan semula kesemua suspek di bawah kes 325 Kanun Keseksaan dan polis akan buat permohonan reman di Mahkamah Majistret esok. Mungkin minggu depan kita akan dakwa," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke tapak bazar Ramadan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini.
Sementara itu, Nanda berkata seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah kes berlainan pada 2011 dan telah menjalani hukuman selama tiga tahun mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan mayat.
Media sebelum ini melaporkan mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan tertiarap di Jalan Lama Bukit Putus, kira-kira pukul 10.50 pagi, pada 20 Mac lepas.
Susulan itu, tiga individu yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, ketika tinjauan berkenaan Nanda berkata pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh peniaga dan pengunjung.
Katanya, seramai dua ke empat anggota polis ditempatkan di bazar-bazar ramadan di sekitar Seremban bagi tujuan pemantauan selain memastikan kelancaran urusan di tapak bazar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022

Ketiga-tiga suspek sebelum ini direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tetapi dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tamat. - Gambar fail/Sinar Harian
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Mayat wanita ditemukan dalam rumah, polis klasifikasi sebagai mati mengejut
Kes seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam rumahnya di Pangsapuri Siantan Taman Putra Perdana hari ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mayat wanita ditemui di dalam semak di Marang
Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan di dalam kawasan semak di Kampung Alor Gali, di sini pada Khamis.

Mayat wanita separuh bogel ditemukan terapung di Pulau Perhentian
Mayat seorang wanita separuh bogel ditemukan terapung diperairan Pulau Perhentian, Besut.

Dua mayat ditemui, dua suspek ditahan
Dua suspek ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Mentakab pada Ahad.

Mayat wanita tersangkut di sangkar ikan
Anggota bomba bertindak menarik mayat itu dengan menggunakan tali sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Mayat wanita berbaju belang ditemukan terapung dalam sungai
Mayat lengkap berpakaian itu ditemui orang awam pada jam 1.18 petang.

Mayat wanita terbakar, batu konkrit dengan kesan darah ditemui
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, terdapat satu kesan luka pada bahagian atas kepala sebelah kanan.

Tiga suspek terkait kes mayat wanita dalam gaung, ditahan semula
Tiga suspek termasuk seorang remaja perempuan berumur 18 tahun yang direman sebelum ini susulan penemuan mayat wanita dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus-Seremban, ditahan semula hari

Mayat wanita dalam gaung: Tempoh reman tiga individu dilanjut
Reman terhadap dua lelaki berusia 41 dan 44 tahun serta wanita berusia 18 tahun itu disambung bermula esok hingga 4 April.

Jumpa 'mayat' berbungkus rupanya...
Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bagaimanapun selepas diperiksa 'mayat' tersebut hanyalah sebuah patung perempuan yang dibungkus dengan plastik.