KUALA KANGSAR: Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Rabu atas tuduhan melakukan rompakan barang kemas, menyebabkan kerugian RM1.4 juta, tiga minggu lalu.
Tertuduh, R Gunasellan, 52; AF Adrian Raj Dominic, 29, dan R Anandan, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Mengikut pertuduhan, tiga rakan yang beralamat di Klang, Selangor itu, bersama enam lagi yang masih bebas, telah melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata parang panjang terhadap dua lelaki, berupa pelbagai barang kemas bernilai RM1.4 juta.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kenderaan Jalan Dato Maharajalela, Kuala Kangsar kira-kira jam 9.40 pagi, 6 November lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan menawarkan jaminan RM30,000 setiap seorang mengambil kira kerugian yang dialami mangsa.
Peguam A Tulasi yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan paling minimum memandangkan kesemua tertuduh telah berkahwin dan mempunyai tanggungan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM20,000 setiap seorang dan perlu melaporkan diri ke balai polis sekali sebulan sehingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 29 Disember depan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.
Sementara itu, dalam prosiding sama, mahkamah mengenakan denda RM2,500 dan pengawasan oleh pihak polis selama dua tahun ke atas Gunasellan dan Anandan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan mereka.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar antara jam 3 petang hingga 3.20 petang pada 7 November lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama yang memperuntukan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara hingga dua tahun.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Nov 29 2023

Mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak. - Gambar/ Astro AWANI

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Polis tahan 3 pengawal keselamatan sembunyi RM200,000, buat laporan konon dirompak
Tiga pengawal keselamatan ditahan selepas membuat laporan palsu kononnya mereka dirompak ketika membawa wang tunai RM200,000 menggunakan van keselamatan, pada Selasa.

Dua wanita umur 54, 59 tahun didakwa rompak lelaki babit jual beli emas RM300,000
Dua penganggur, Zarina Sinin, 54, dan Safiah Ibrahim, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Tiga rakan didakwa larikan barang kemas RM1.4 juta
Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Rabu atas tuduhan melakukan rompakan barang kemas, menyebabkan kerugian RM1.4 juta, tiga minggu lalu.

Polis cekup lelaki jadi dalang utama kes rompak isteri
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan terhadap isterinya di Bentong, Isnin lepas.

Tiada kompromi anggota terlibat jenayah, langgar disiplin - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan 20 anggotanya disiasat polis berhubung dua kes rompakan di Semporna, Sabah pada 15 dan 18 Ogos lepas.

Rompak berkumpulan: Dua lagi pegawai SPRM ditahan - Bukit Aman
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menahan dua lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang disyaki terlibat kes rompakan berkumpulan di sebuah kediaman di Jalan Ampang, di sini

Polis buru dua lelaki beruniform RELA rompak kedai emas di Taiping
Polis memburu dua lelaki yang memakai uniform anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang disyaki terlibat dalam satu kes rompakan sebuah kedai emas di Pokok Asam, di sini hari ini.