KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan terhadap isterinya di Bentong, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata kegiatan suspek terbongkar selepas polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat melakukan rompakan terhadap isterinya.
"Hasil soal siasat ke atas suspek yang ditahan mendapati suami mangsa berusia 47 tahun itu dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan ini semata-mata bagi tuntutan insurans," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya sebelum itu menerima laporan mengenai kes rompakan melibatkan seorang suri rumah berusia 42 tahun yang telah didatangi tiga lelaki tidak dikenali serta memakai topeng dan bersenjatakan parang di kawasan perumahan Taman Hijau di Karak, Bentong pada 3.05 petang.
Zaiham berkata suspek telah mengacukan parang dan menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta dan barang kemas wanita itu dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM16,000.
"Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa tinggal berseorangan di rumah kerana suami, ibu dan anaknya telah pergi ke rumah saudara mereka," katanya sambil menambah operasi mengesan suspek telah menyaksikan polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 33 tahun dan seorang warga asing berusia 24 tahun pada 9.30 malam di Nilai, Negeri Sembilan.
Beliau berkata kesemua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Zaiham berkata kegiatan suspek terbongkar selepas polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat melakukan rompakan terhadap isterinya. - Gambar fail/Astro AWANI

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pesara guru rugi lebih RM200,000 akibat sindiket penipuan telefon
Wang sebanyak RM201,900 merupakan hasil pampasan persaraan serta simpanan milik mangsa seorang pesara guru wanita berusia 65 tahun.

Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.

Kenderaan dicuri akibat kecuaian tidak boleh tuntut insurans
Meninggalkan kenderaan di tepi jalan tanpa pengawasan sehingga menyebabkan kecurian, tidak akan dapat tuntutan insurans.

Pesara wanita rugi RM3.839 juta jadi mangsa phone scam
Seorang wanita pesara syarikat swasta di Subang Jaya menanggung kerugian RM3.839 juta selepas menjadi mangsa sindiket 'phone scam'.

Polis cekup lelaki jadi dalang utama kes rompak isteri
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan terhadap isterinya di Bentong, Isnin lepas.

Pengawal keselamatan ditahan buat laporan palsu tuntut insurans
Buat laporan palsu sebab mahu baiki kerosakan dan selesai tunggakan bayaran bulanan.

Lebih 200 aduan terhadap penilai insurans kemuka tuntuan palsu
Semboyan Malaysia berkata ini menyebabkan ramai mangsa berasa tertipu dan teraniaya, dengan hasil tuntutan yang diberikan oleh penilai.

Pesara rugi RM120,500 diperdaya Macau Scam
Mangsa dikatakan terlibat dengan pengubahan wang haram sebelum panggilan disambungkan lagi kepada pegawai atasan bernama puan Yong.

'Adjuster' insurans berang isu tuntutan, bakar lima kenderaan
Gara-gara tidak puas hati dengan syarikat insurans berikutan urusan tuntutan, seorang pelaras insurans bertindak membakar lima buah kenderaan di Jalan PJU/1A/1 Ara Damansara di sini, pada Jumaat.

Muslihat gadis gergaji tangan sendiri hingga putus terbongkar
Perempuan yang berumur 21 tahun ini bertindak berani memotong pergelangan tangannya sehingga putus dengan menggunakan gergaji bulat.