KOTA KINABALU: Tiga lelaki pesakit mental Hospital Mesra Bukit Padang, di sini melarikan diri dengan memanjat tembok di belakang wad di hospital berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, tiga pesakit yang menerima rawatan di hospital terbabit dikenali sebagai Mohd Azrul Dorah, 28; Mohamed Hidswan Jumalti, 34 dan Mohammad Sobrie Muali, 32 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian disedari kakitangan hospital selepas melihat kelibat pesakit yang sedang memanjat tembok di belakang wad dipercayai bertindak melarikan diri.
Katanya, menyedari perkara itu, kakitangan hospital terus memaklumkan kepada rakan sekerja bagi mendapatkan bantuan pengawal keselamatan untuk menangkap pesakit terbabit.
"Bagaimanapun, semua pesakit terbabit gagal ditemui walaupun usaha mencari dilakukan di kawasan hospital," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Katanya, siasatan awal mendapati, Mohd Azrul dimasukkan ke Hospital Mesra pada 17 November lalu atas kesalahan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala Mohamed Hidswan dan Mohammad Sobrie dimasukkan ke hospital pada 30 November lalu dan 1 Disember lalu atas kesalahan Seksyen 39C.
"Semua pesakit yang melarikan diri merupakan tahanan yang terbabit dalam kes narkotik dan dimasukkan ke Hospital Mesra, Bukit Padang atas arahan Mahkamah mengikut Seksyen 342 CPC kerana disyaki mempunyai masalah mental dan diarahkan menjalani rawatan sebelum dihadapkan kembali ke mahkamah," katanya.
Mohd Zaidi berkata, ketika melarikan diri kesemua suspek memakai baju hijau dan berseluar pendek hijau.
"Orang ramai yang melihat suspek atau mempunyai maklumat kes ini segera menghubungi pegawai Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu atau 088-529222," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 04 2021
Dari kiri :Mohamed Hidswan, Mohd Azrul, Mohamad Sobri.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Alasan sakit mental lepas buat jenayah, KKM teliti solusi perundangan - Dr Dzulkefly
Masih terlalu awal untuk Kementerian Kesihatan meminda perundangan membabitkan kes jenayah dilakukan oleh pesakit mengalami masalah mental.
Lelaki pecah cermin di hospital, tertekan akibat gagal lihat jenazah ahli keluarga
Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh menerima satu panggilan awam daripada Hospital Sungai Buloh pada 12 tengah malam memaklumkan kejadian itu.
'Hantu' sergah pengguna jalan raya akhirnya dicekup
Wanita berusia 31 tahun itu ditahan oleh unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Setia Indah, sekitar jam 10.51 malam hasil maklumat yang diterima daripada orang ramai.
Warga Singapura mohon maaf kepada Agong
Warga Singapura itu diperintah membayar denda keseluruhan berjumlah RM30,000 setelah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan.
Dengar luahan bantu pesakit mental teruskan kehidupan - Pakar
Masyarakat perlu menghormati perasaan individu yang mengalami tekanan perasaan dengan mendengar luahan tanpa prasangka atau memandang remeh masalah mereka.
Pesakit mental terjatuh dari tingkat sembilan Hospital Selayang
Pengarah Hospital Selayang berkata, pesakit berusia 32 tahun itu dimasukkan ke wad 9D susulan pengambilan ubat berlebihan.
Golongan LGBT bukan pesakit mental
Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dikategorikan sebagai pesakit mental.
Pelajar perempuan maut ditembak pesakit mental di pekarangan masjid
Suspek yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda telah melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.
Gagal dapatkan rawatan awal, hanya 70-80 peratus pesakit mental pulih
Kebanyakan pesakit mental tampil mendapatkan rawatan di hospital setelah lebih dua tahun mengalami masalah tersebut.
Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang
Kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.