PUTRAJAYA: Tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam dari negara ini yang tersenarai dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan aktiviti keganasan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata ia berdasarkan semakan dalam rekod keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap 359 orang daripada 53 NGO yang menyertai Ops Ihsan.
Beliau berkata pemeriksaan identiti telah dilakukan terhadap kesemua individu berkenaan, sebelum mereka terlibat dengan operasi kemanusiaan itu.
"Berdasarkan pada semakan kita, kesemua NGO terlibat Ops Ihsan ini, rekod keselamatan polis (menunjukkan) tidak ada yang terlibat dengan isu-isu keganasan, mereka 'clean'," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan tiga pemimpin daripada NGO berkaitan Islam dari Malaysia yang aktif menguruskan bantuan ke Asia Barat, disenaraikan Terrorist Screening Center (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika.
Susulan laporan itu, Kementerian Luar mengarahkan ketiga-tiga individu berkenaan tidak dibabitkan dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.
Ops Ihsan diilhamkan bekas Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai platform kerjasama antara Kementerian Luar dan NGO bagi menggerakkan sokongan dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Ditanya jika terdapat laporan polis daripada tiga pemimpin yang disenaraikan itu, Saifuddin berkata hanya satu laporan polis telah diterima daripada koordinator Ops Ihsan berhubung perkara itu untuk tindakan lanjut.
"Ops Ihsan ni ada koordinator... Jadi bila nama terdedah maka dia buat laporan polis, dan polis akan mulakan siasatan," katanya.
Sementara itu Saifuddin berkata kehadiran seorang lelaki warga Algeria Mawla Muhammad Amin al-Idrisi yang mendakwa sebagai cicit Nabi Muhammad SAW ke negara ini untuk memberi ceramah agama, akan terus dipantau rapi.
Beliau berkata jika lelaki warga Algeria itu dikesan melakukan aktiviti menyalahi undang-undang, maka pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri untuk mengambil tindakan.
"Dari aspek pemantauan akan kita teruskan untuk melihat ada atau tidak elemen yang mungkin mengancam keselamatan negara misalnya. Kita juga akan tengok apakah bentuk-bentuk aktiviti bersifat penyebaran ideologi yang bercanggah dengan undang-undang kita," katanya sambil menambah tiada sebarang laporan polis diterima berhubung perkara berkenaan setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media di Kementeriannya hari ini. - Foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tiga pemimpin NGO tersenarai dalam TSC FBI miliki rekod bersih mengikut semakan polis - Saifuddin
Tiga pemimpin NGO berkaitan Islam dari negara ini yang tersenarai dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) FBI, mempunyai rekod bersih.