MELAKA: Tiga individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM147,400.
Nurul Ain Shamsudin, 30, Asmida Shahfika Abdul Rahman, 25, dan Muhammad Hafizi Ab Jamal, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Nurul Ain dituduh sebagai Pengurus Syarikat Zaharain Enterprise melalui Muhammad Fauzi Abdul Latif, memberi suatu dokumen iaitu Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama perusahaan itu bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM35,900 kepada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Pejabat Perkeso Melaka M. Nittiya.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perkeso Melaka, Jalan Persekutuan MITC, Ayer Keroh pada 3 Jun 2021.
Asmida Shahfika yang merupakan pemilik Syarikat Roti Warisan Enterprise pula dituduh atas pertuduhan sama membabitkan jumlah RM36,900 di tempat sama pada 19 Mei 2021.
Tuntutan palsu itu adalah dengan mengemukakan nama pekerja baharu sedangkan senarai nama pekerja baharu itu bukan merupakan pekerja syarikat masing-masing serta penama tidak layak memohon di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan palsu itu dapat dinilai atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Ikhwan Zaudi Nordin dan Mohd Yasri Yahya, yang memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap Nurul Ain dan Asmida Shahfika manakala jaminan RM40,000 kepada Muhammad Hafizi.
Pendakwaan turut mengemukakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri pada minggu pertama setiap bulan di mana-mana pejabat SPRM berhampiran dan tidak mengganggu saksi sepanjang pendakwaan berlangsung.
Mahkamah kemudian mengenakan jaminan RM8,000 masing-masing kepada Nurul Ain dan Asmida Shahfika manakala jaminan RM20,000 dikenakan kepada Muhammad Haifizi serta membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan.
Nurul Ain dan Asmida Shahfika diwakili peguam Haifzah Sani manakala Muhammad Hafizi tidak diwakili peguam. Kes akan disebut semula pada 16 Feb depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
Nurul Ain Shamsudin, 30, Asmida Shahfika Abdul Rahman, 25, dan Muhammad Hafizi Ab Jamal, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. - Sinar Harian
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Isu 1BestariNet: 'Wallahi, saya tidak ambil satu sen pun' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya terlibat dalam pemberian tender perkhidmatan 1BestariNet ketika menjadi Menteri Pendidikan.
Palsu tuntutan Perkeso: Dua lagi doktor direman empat hari
Dua lagi doktor hospital kerajaan dan seorang ejen direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso.
Kes pemalsuan tuntutan Perkeso: Seorang lagi doktor dikesan
SPRM sedang mengesan seorang lagi doktor bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso di Pulau Pinang.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Tiga doktor ortopedik, 30 individu direman tipu tuntutan Perkeso RM2.1 juta
TIGA DOKTOR ORTOPEDIK DAN 30 INDIVIDU DIREMAN TIPU TUNTUTAN PERKESO RM2.1 JUTA
Bekas ahli MAIDAM, isteri mengaku terima rasuah, kemuka tuntutan palsu agihan zakat
Seorang bekas ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersama isterinya didenda atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan mengemukakan tuntutan palsu berhubung agihan zakat.
Bayaran batal percutian ke London dibuat kepada Azlan Man adalah salah - Saksi
Mohamad Azri Ahmad, 49, berkata beliau berasa pelik apabila bayaran bagi pembatalan percutian itu dipulangkan kepada Azlan.
Wang lebih RM200,000 batal percutian ke London pada 2016 masuk akaun peribadi Azlan Man - Saksi
Abdul Rahim Halim, 47, berkata pakej percutian yang bermula 23 Dis 2016 hingga 1 Jan 2017 berjumlah RM253,195.40 dibayar oleh kerajaan negeri Perlis kepada syarikat agensi pelancongan itu sebelum ia d
Tuntutan palsu: SPRM tahan pegawai kanan agensi berkaitan kerajaan
Lelaki berusia sekitar 40-an itu ditahan kerana disyaki membuat tuntutan mengandungi butiran mantan palsu yang bernilai kira-kira RM15,000.
SPRM tahan dua guru besar disyaki buat tuntutan palsu RM500,000
Semua suspek tersebut telah ditahan kira-kira jam 10 malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sibu, Sarawak.