Tiga pusat pemindahan di daerah Temerloh, Pahang baharu dibuka pada jam 8.46 malam tadi dengan menempatkan 32 orang terdiri daripada tujuh keluarga.

Pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Dewan Belia Kampung Paya Luas, Dewan Kampung Datuk Sharif Ahmad dan Sekolah Kebangsaan Batu Sawar.

Menurut sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana negeri Kolonel Zainal Yusoff, Temerloh merupakan daerah kelapan di negeri itu yang terlibat banjir.

Setakat 8 malam Rabu, banjir di Pahang mencatat angka 5,207 orang daripada 1,353 keluarga.

Daerah Maran mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 1,156 orang daripada 290 keluarga,

Di Kuantan, penduduk yang terjejas banjir di pusat pemindahan ialah seramai 909 orang daripada 249 keluarga.

Lipis pula memindahkan 865 orang, Rompin seramai 632 orang, Pekan 608 orang, Jerantut 561 orang; dan Raub 476 orang.