Susulan pelajar terlibat dalam kumpulan Geng 24, tiga lagi pelajar ditahan di sekitar Klang yang di percayai terlibat dalam kumpulan terbabit yang terdapat dalam video yang ditularkan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, semua pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan pada jam 12.40 tengah hari semalam dalam operasi yang dijalankan di sebuah sekolah.
Dengan penangkapan tiga lagi pelajar itu, jumlah kesemua suspek yang ditangkap untuk disoal siasat kerana terbabit dalam Geng 24 meningkat kepada 41 orang .
Bagaimanapun seramai 33 pelajar sudah dibebaskan dengan jaminan polis .
Lima lagi pula masih dalam tahanan reman.
SAC Fadzil berkata kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk ke pejabat peguam negara untuk tindakan lanjut.
“Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman mahkamah ke atas tiga orang ini dan mereka kesemuanya adalah pelajar sekolah dalam tingkatan 4 dan tingkatan 5,” katanya.
Sebelum itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya mengesahkan pihaknya akan memburu kesemua pelajar yang terlibat dalam kumpulan itu.
Ia susulan dua klip video yang memaparkan sekumpulan individu termasuk pelajar berpakaian sekolah berkumpul di hadapan sebuah sekolah dan dilihat melakukan kekecohan dengan membakar mercun, memegang kain rentang tertera nombor '24', selain memotong kek yang mempunyai lakaran gambar beserta tulisan 'SMK Sri Andalas 24 Apache' tersebar di laman sosial.
Astro Awani
Fri Apr 28 2017
Tiga lagi pelajar ditahan di sekitar Klang yang di percayai terlibat dalam kumpulan terbabit yang terdapat dalam video yang ditularkan itu. - Gambar fail
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Polis terima dua laporan pelajar dibelasah Geng 24 di Bandar Sungai Long
Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung sekumpulan pelajar sekolah yang dibelasah Geng 24 selepas dipercayai dipaksa menyertai kumpulan haram itu di Bandar Sungai Long, Kajang.
2,433 ahli kongsi gelap dicekup sejak 2015 di bawah POCA
Dengan penangkapan ahli kongsi gelap tersebut, kadar jenayah melibatkan kumpulan kongsi gelap di Selangor agak terkawal.
Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah
Tertuduh Lim Boon Hooi, 40, dan Toh Kae Luen, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin dan Hokkien di Mahkamah Sesyen 1 di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.
Geng 24: 52 remaja dituduh terlibat dalam perhimpunan haram
52 remaja dipercayai terbabit dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini.
Tiga lagi pelajar Geng 24 ditahan
Jumlah kesemua suspek yang ditangkap untuk disoal siasat kerana terbabit dalam Geng 24 meningkat kepada 41 orang .
Geng 24: 18 suspek disambung reman tiga hari
Majistret Nor Asma Ahmad mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret di sini terhadap kesemua suspek yang sebelum ini direman selama empat hari yang berakhir hari ini.
Geng 24: Sembilan lagi pelajar sekolah ditahan
Sembilan lagi pelajar dari tiga sekolah di Klang, Selangor ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24.
18 ditahan ekoran video melibatkan ahli Geng 24 tular - KPN
Ia berikutan dua video yang menunjukkan sekumpulan orang yang menimbulkan kekecohan di luar sekolah di Klang.