Sembilan lagi pelajar dari tiga sekolah di Klang, Selangor ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata kesemua pelajar itu ditahan susulan penahanan 18 pelajar dan lima indivdu lain semalam melalui Operasi Cantas yang digerakkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Beliau berkata mereka yang ditahan merupakan enam pelajar tingkatan lima, dua pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu, masing-masing berumur antara 15 dan 17 tahun.
"Kesemua pelajar telah disoal siasat bagi mengenal pasti motif dan punca penglibatan mereka dengan geng itu.
"Setakat ini kita tidak dapat pastikan lagi motif mereka tetapi semasa ditahan kita dapati ada kek dan acara memotong kek yang dipercayai untuk meraikan penubuhan atau berupa satu ulangtahun," katanya yang ditemui selepas menghadiri acara larian PDRM-AirAsia Fun Run sempena Hari Polis ke-210 di AirAsia RedQ di sini hari ini.
Fuad berkata sebagai sebuah pertubuhan haram, penularan Geng 24 perlu dibendung segera lebih-lebih lagi ia menyasarkan penglibatan kalangan pelajar sekolah.
Bagi menyekat penularan aktiviti berkenaan, polis kini menumpukan kepada empat sekolah di Klang yang dilihat menjadi sasaran pengembangan trend tidak sihat itu setakat ini.
Bagaimanapun, kami yakin penularan aktiviti itu di sekolah bukan diinisiatifkan oleh pelajar sebaliknya oleh ''kepala-kepala'' dari luar yang mencari ahli dan menubuhkan geng itu di sekolah, katanya.
Sebelum itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya berkata kesemua 18 mereka ditahan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) dan mengesahkan lebih ramai lagi akan ditangkap.
Beliau turut memuat naik dua klip video yang memaparkan sekumpulan individu termasuk pelajar berpakaian sekolah berkumpul di hadapan sebuah sekolah dan dilihat melakukan kekecohan dengan membakar mercun, memegang kain rentang tertera nombor ''24'', selain memotong kek yang mempunyai lakaran gambar beserta tulisan ''SMK Sri Andalas 24 Apache''.
Khalid turut mengesahkan pembabitan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, SMK Raja Mahadi, SMK Shahbandar dan SM Kampung Jawa dalam aktiviti geng berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2017

Mereka yang ditahan semalam merupakan enam pelajar tingkatan lima, dua pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu, masing-masing berumur antara 15 dan 17 tahun. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Polis terima dua laporan pelajar dibelasah Geng 24 di Bandar Sungai Long
Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung sekumpulan pelajar sekolah yang dibelasah Geng 24 selepas dipercayai dipaksa menyertai kumpulan haram itu di Bandar Sungai Long, Kajang.

2,433 ahli kongsi gelap dicekup sejak 2015 di bawah POCA
Dengan penangkapan ahli kongsi gelap tersebut, kadar jenayah melibatkan kumpulan kongsi gelap di Selangor agak terkawal.

Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah
Tertuduh Lim Boon Hooi, 40, dan Toh Kae Luen, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin dan Hokkien di Mahkamah Sesyen 1 di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Geng 24: 52 remaja dituduh terlibat dalam perhimpunan haram
52 remaja dipercayai terbabit dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Tiga lagi pelajar Geng 24 ditahan
Jumlah kesemua suspek yang ditangkap untuk disoal siasat kerana terbabit dalam Geng 24 meningkat kepada 41 orang .

Geng 24: 18 suspek disambung reman tiga hari
Majistret Nor Asma Ahmad mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret di sini terhadap kesemua suspek yang sebelum ini direman selama empat hari yang berakhir hari ini.

Geng 24: Sembilan lagi pelajar sekolah ditahan
Sembilan lagi pelajar dari tiga sekolah di Klang, Selangor ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24.

18 ditahan ekoran video melibatkan ahli Geng 24 tular - KPN
Ia berikutan dua video yang menunjukkan sekumpulan orang yang menimbulkan kekecohan di luar sekolah di Klang.