Tiga kementerian baharu yang diwujudkan di bawah Kabinet negeri Sabah tidak akan menyebabkan berlakunya pertindihan dan ketirisan dengan agensi di peringkat persekutuan.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pewujudan Kementerian Pelajaran dan Inovasi, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, dan Kementerian Hal Ehwal Anak Negeri akan diberikan tumpuan sepenuhnya untuk manfaat rakyat di negeri ini.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga akan memastikan bahawa tiga kementerian baharu ini akan diselaraskan melalui koordinasi agar tidak berlakunya ketirisan atau tindihan dengan Kerajaan Persekutan.
"Pewujudan tiga kementerian baharu ini sudah saya nyatakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di peringkat awal bahawa ini merupakan perkara yang kita akan memberi tumpuan.
"Pendidikan kita di Sabah jauh ketinggalan, begitu juga dari sudut kesihatan di mana ada banyak rungutan daripada akar umbi.
"Jadi undang-undang perlu kita selaraskan untuk mengelakkan permasalahan, salah faham dan pergeseran di antara satu dengan yang lain maka dengan itu, kita wujudkan tiga kementerian ini dan pertindihan tidak akan berlaku, cuma koordinasi," katanya.
Mohd Shafie berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam Persekutuan Bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS), pada Khamis.
Hadir sama, isterinya Datin Seri Shuryani Shuib, Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R. M. Jasni.
Dalam pada itu, Mohd Shafie turut menjelaskan, pewujudan tiga kementerian ini tidak akan menjejaskan pendapatan hasil negeri walaupun ianya akan meningkatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri.
"Saya yakin kalau ada pun penambahan kos, ia merupakan satu perkara yang menjadi keutamaan kerana kita perlu mendaulatkan 'human resources' (sumber manusia) dalam usaha melonjakkan lagi pentadbiran dan pembangunan modal insan di negeri ini," katanya.
Pada majlis tersebut, dianggarkan lebih 700 anggota perkhidmatan awam daripada beberapa jabatan daripada seluruh negeri Sabah hadir memeriahkan majlis dan lebih 60 gerai menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan.
Fifi Harteeny Marzuki
Thu Jul 05 2018

MOHD SHAFIE: Pewujudan Kementerian Pelajaran dan Inovasi, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, dan Kementerian Hal Ehwal Anak Negeri akan diberikan tumpuan sepenuhnya untuk manfaat rakyat Sabah. - BERNAMA/Fail

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Tiga kementerian baharu tidak bertindih - Shafie Apdal
Tiga kementerian baharu yang diwujudkan di bawah Kabinet negeri Sabah tidak akan menyebabkan berlakunya pertindihan dengan agensi di peringkat persekutuan.