GUA MUSANG: Semangat Hari Kebangsaan yang akan disambut tidak lama lagi amat dirasai di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang di sini, apabila penduduknya bekerjasama memasang 12,000 Jalur Gemilang menghiasi 12 blok kediaman di situ.
Ketua Blok K PPR Gua Musang Shukri Idris, 54, berkata penduduk di kawasan perumahan itu menggembleng tenaga memasang Jalur Gemilang sejak seminggu lepas.
"Kami menerima sokongan padu semua penduduk termasuk daripada kaum Melayu, Cina dan India untuk aktiviti menghias blok-blok kediaman di PPR ini, dan mereka juga turut menyumbang dana bagi penyediaan bendera pelbagai saiz untuk blok masing-masing.
"Semua ini dilakukan tidak lain dan tidak bukan untuk menzahirkan semangat cintakan negara di samping sebagai teladan kepada anak muda untuk menghayati erti kemerdekaan," katanya ketika ditemui pemberita di PPR Gua Musang, di sini pada Ahad.
Shukri juga berkata pembelian setiap bendera adalah hasil daripada kutipan penduduk yang dianggarkan berjumlah RM1,000 bagi setiap blok di kawasan perumahan itu.
Seorang penduduk Lee Man Theng, 41, berkata setiap blok di kawasan itu akan dihiaskan dengan dekorasi berlainan menggunakan asas yang sama iaitu Jalur Gemilang.
"Setiap tahun saya ternanti-nantikan aktiviti seumpama ini kerana setiap blok akan serlahkan kreativiti masing-masing, tetapi kami bukanlah bersaing, cuma menunjukkan keterujaan dalam cara yang berbeza.
"Saya rasa bersyukur dapat hidup dan membesar dalam suasana yang harmoni meskipun negara mempunyai kepelbagaian kaum, bangsa dan budaya," katanya.
Seorang lagi penghuni R. Kamala, 53, berkata sejak PPR ini dibuka lima tahun lepas, sudah menjadi rutin mereka untuk bergotong-royong memasang bendera setiap kali tiba sambutan Hari Kebangsaan.
"Ini adalah satu daripada cara untuk kami menunjukkan semangat (Hari Kebangsaan), kami juga dapat berjumpa dan bermesra sesama jiran sambil memasang bendera.
"Biasanya, bendera akan diletakkan pada setiap tingkat termasuk tingkat paling tinggi iaitu tingkat empat." katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022

Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan Keluarga Malaysia Teguh Bersama penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang berganding bahu menghiasi kawasan perumahan mereka. - Foto BERNAMA
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.

KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.

Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.

Insiden kibar bendera China, Persatuan Guan Gong mohon maaf
Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.

Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.

Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.

Dua hari siapkan baju bertema Jalur Gemilang
Program Sambutan Anak Merdeka bersempena Hari Kebangsaan ke- 67 tahun di Dewan Utama Memorial Tun Hussein Onn Kuala Lumpur dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada Sabtu.

Lebih 200 rakyat Malaysia sambut Hari Kebangsaan di China
Penuntut Malaysia yang tinggal di Beijing, China teruja dengan sambutan Hari Kebangsaan anjuran Kedutaan Besar Malaysia itu.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Seramai 4,145 peserta dan 563 kenderaan daripada 111 kontinjen memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang itu.

Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).