KUCHING: Tiga Jawatankuasa Kerja di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan membentangkan laporan serta syor-syor mengenai perkara yang dibincangkan di peringkat jawatankuasa minggu depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, tiga jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah dan Sarawak, dan Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi.
“Penubuhan tiga jawatankuasa kerja ini bertujuan mengesyorkan kepada Majlis Khas MA63 berhubung cadangan penyelesaian isu-isu spesifik berkaitan perundangan bagi rakan sekutu, keselamatan negeri dan sosioekonomi selaras dengan hak-hak Sabah dan Sarawak dalam kerangka perundangan negara,” katanya.
Berucap pada majlis Jamuan Negeri di Bangunan Baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini pada malam Khamis, beliau berkata, terdapat beberapa cadangan yang melibatkan pindaan perlembagaan Persekutuan mengenai hak Sabah dan Sarawak yang telah diteliti oleh Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu.
“Perkara berkaitan dengan hal ehwal imigresen, pendaftaran negara, kawalan sempadan, pendatang asing tanpa izin dan pencerobohan nelayan asing dalam Zon Ekonomi Eksklusif telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Sabah dan Sarawak,” katanya.
Perdana Menteri berkata, hal-hal berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi Sarawak seperti isu kemiskinan, infrastruktur jalan raya, kesihatan, pendidikan, capaian internet dan telekomunikasi, caj dan sewaan tanah di bawah Ordinan Tanah Sarawak dan pemberian khas kepada Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan juga telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi.
“Saya menaruh harapan yang tinggi agar isu-isu yang berbangkit akan dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan dengan itu hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak akan kekal kukuh dan bertambah akrab demi kepentingan rakyat,” katanya.
Muhyiddin dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sarawak akan meneruskan programnya pada Jumaat dengan bersarapan pagi di Restoran Sepinang Sari, sebuah restoran yang terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan dengan keenakan ‘Mi Sapi Hj Salleh’ di Jalan Satok di sini.
Seterusnya, beliau akan menyertai program Prihatin dan Penjana di Medan Niaga Satok sebelum berangkat ke Bahagian Samarahan bagi program Ziarah Prihatin Kampung Sindang Baru dan perjumpaan bersama pemimpin masyarakat di Dewan Perguruan Tun Abd Razak di Kota Samarahan.
Perdana Menteri juga akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Ikhlas di Muara Tuang sebelum menghadiri makan tengah hari bersama kepimpinan masyarakat di sebuah hotel di sini sebelum mengakhiri lawatannya dengan meninjau projek menaik taraf Hospital Umum Sarawak.
-BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021
Perdana Menteri berkata, tiga jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah dan Sarawak, dan Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi. -Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat
Bersatu konsisten menolak keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan menegaskan beliau tidak sepatutnya membuat keputusan sebegitu.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
Pemilihan Bersatu: Saya sudah ada 'keputusan' - Muhyiddin
'Ilham' diperoleh selepas Muhyiddin bertemu dengan sebahagian besar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini.
Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin
Muhyiddin dakwa, Kerajaan Perpaduan sanggup melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuaan berkait Akta Lompat Parti.
Isu dipecat Bersatu: 'PN jadikan kami ahli Parlimen Bebas' - 6 MP
Enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang dipecat daripada parti itu menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti politik, sebaliknya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
Kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu: Keputusan Speaker berdasarkan Perlembagaan - PM Anwar
Beliau juga minta Muhyiddin baca tafsiran undang-undang Perlembagaan Persekutuan mengenai Akta Anti Lompat Parti secara menyeluruh.
"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.