Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menetapkan 12, 13 dan 20 Sept untuk memanggil beberapa individu yang terlibat bagi isu wang tuntutan cukai input bagi kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata pihaknya menyenaraikan lebih daripada enam individu untuk dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu kehilangan wang tuntutan bayaran balik GST yang didakwa 'dirompak' kerajaan terdahulu.
"Beberapa saksi telah dipanggil termasuk daripada Jabatan Kewangan Negara, Jabatan Kastam untuk memberi keterangan kepada PAC.
"Kita akan panggil mereka (pegawai kerajaan terdahulu), penjawat awam terdahulu dan sekarang, bekas menteri dan menteri sekarang bakal dipanggil PAC dan surat telahpun diedarkan," katanya kepada pemberita selepas taklimat Jabatan Akauntan Negara bersama PAC di bangunan Parlimen, hari ini.
PAC kini dalam proses awal untuk menyiasat dua isu utama iaitu kehilangan lebih RM18 billion wang tuntutan GST dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kiandee berkata PAC hari ini mendengar taklimat daripada Jabatan Akautan Negara atas isu kehilangan wang tuntutan GST dan 1MDB seperti yang diusulkan oleh Dewan Rakyat sebelum ini.
"Proses taklimat masih berjalan, taklimat bayaran tuntutan GST sudah selesai dan kini 1MDB. Saya tidak boleh beritahu apa yang dibincangkan dalam bilik taklimat kerana kita tertakluk kepada peraturan mesyuarat dan perkara yang dibincangkan di dalam (bilik taklimat).
"Ini (taklimat) cuma pengenalan kepada isu dan perkara-perkara yang akan kelak dijadikan sebagai bahan siasatan oleh ahli PAC apabila prosiding terhadap perkara ini dibuat oleh PAC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018
Kiandee berkata PAC hari ini mendengar taklimat daripada Jabatan Akautan Negara atas isu kehilangan wang tuntutan GST dan 1MDB seperti yang diusulkan oleh Dewan Rakyat sebelum ini. - Gambar fail
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.