Tiga beranak maut apabila motosikal yang ditunggang mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pikap di Jalan Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Isa Yusof berkata mangsa Jafry Maun, 27, rentung sementara isteri Lily Marni Gilong, 24, dan anak Freedy Jafry, 2 tahun, maut di tempat kejadian.
Mohd Isa berkata dalam kejadian 8.20 malam itu, kenderaan jenis pikap tersebut dari arah Kudat menghala ke Kota Marudu, dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal berkenaan.
Pemandu yang berusia 47 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun, ditahan kerana dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Di KUDAT, seorang pemandu lelaki maut dan tiga lagi cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 30.3 Jalan Kudat-Kota Kinabalu malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kudat Superintendan Dawi Ossen berkata kejadian 11.30 malam itu berlaku apabila sebuah kenderaan dari arah Kudat masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan dua kenderaan lain yang sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu.
Mangsa Musa Bakat, 52, maut di tempat kejadian sementara mangsa yang cedera parah ialah Fatimah Mani, 44, Musadun Tomlok, 24, dan Ruziah Tomlok 29 tahun, manakala dua lagi pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, kata Dawi.
Bernama
Sun Mar 01 2015
Tiga beranak maut apabila motosikal yang ditunggang mereka terbakar.-Gambar Hiasan
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga beranak maut selepas motosikal bertembung pikap
Tiga beranak maut apabila motosikal yang ditunggang mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pikap di Jalan Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, malam tadi.