Tiga beranak maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta yang membawa muatan ketum di Kampung Nibong, Tanah Merah, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Nur Zurita Kadir, 26, dan dua anaknya Siti Husna Qaisara Adnan, 4, dan Muhammad Adam Mukhriz, 5, maut di tempat kejadian.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Jeli untuk menghantar anaknya ke sekolah tadika manakala pemandu kereta berkenaan dari arah bertentangan.
Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dirempuh dari arah depan selepas pemandu kereta terbabit dikatakan masuk ke laluan mangsa.
Sementara itu, adik mangsa, Zulfadli Shah Kadir, 25, berkata, dia menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah kakak pada pagi tadi di rumah ibu kerana arwah dan anaknya menumpang mandi kerana tiada bekalan air di rumah," katanya.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Mayat dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat, manakala pemandu Proton Wira turut ditahan untuk siasatan lanjut.
Vivi Sumanti
Tue May 07 2019

Keadaan kereta yang masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh tiga beranak yang menaiki motosikal. - Sumber foto: Orang awam

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Penghantar makanan maut dirempuh kereta ketika beri laluan kepada ambulans
Mangsa, Hilmi Saleh, 31, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta, digilis van
Mangsa, Farhana Kreiya Salleh Rom, maut ditempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Lelaki cedera dirempuh kereta ketika bantu mangsa kemalangan
Jude Jimmy sedang membantu seorang pemandu kenderaan Perodua Myvi yang sebelumnya terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Nahas Litar Dato Sagor: Kertas siasatan di peringkat akhir
Kertas siasatan berhubung kejadian seorang pengusaha bengkel kenderaan meninggal dunia selepas dirempuh kereta terbabas dalam satu acara permotoran di Litar Dato' Sagor, kini di peringkat akhir.

Pemotong rumput maut, rakannya parah dirempuh kereta terbabas
Seorang pemotong rumput maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika melakukan kerja penyelenggaraan.

Beruang matahari mati dilanggar kereta ketika melintas
Seekor beruang matahari mati selepas dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian di Kilometer 388.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari arah Ajil menghala ke Bukit Besi.

Kereta lawan arus rempuh empat kenderaan, seorang maut di lebuh raya LEKAS
Seorang pemandu kereta maut manakala tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal cedera selepas mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki secara melawan arus.

Dua maut, seorang parah dirempuh kereta lawan arus
Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan.

Pelajar Tingkatan 4 maut motosikal dirempuh sewaktu buat pusingan U
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang dinaiki bersama rakannya dirempuh sebuah kereta.

Tiga beranak maut dirempuh kereta muatan ketum
Nur Zurita Kadir, 26, dan dua anaknya Siti Husna Qaisara Adnan, 4, dan Muhammad Adam Mukhriz, 5, maut di tempat kejadian.