KOTA BHARU: Tiga beradik berusia antara 19 hingga 36 tahun ditahan dalam satu operasi pada Isnin kerana disyaki menyamun beberapa kedai telefon bimbit di daerah ini.
Tiga beradik itu dikatakan mempunyai modus operandi yang sama iaitu memasuki kedai dengan bersenjatakan sebilah kapak dan pisau lalu mengacukan ke arah pekerja kedai.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, suspek kemudian mengambil wang tunai serta telefon bimbit sebelum melarikan diri.
"Polis menerima tiga laporan berkaitan kejadian berkenaan. Bertindak atas maklumat serta risikan yang dilaksanakan, satu operasi dilakukan bagi mengesan dan menangkap suspek," katanya melalui kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, dua suspek ditahan jam 8.15 malam pada Isnin oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di tepi Jalan Kampung Sri Kulim, Melor di sini.
Jelasnya, soal siasat ke atas kedua-dua suspek membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di kawasan sama.
"Hasil semakan mendapati dua daripada mereka mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan dadah," katanya.
Tambah beliau, ujian saringan awal urin mengesahkan dua suspek positif dadah dan tiga beradik itu disyaki terlibat dalam tiga kes samun sejak Sabtu.
"Polis turut merampas sebilah kapak, telefon bimbit dan topi keledar. Tiga beradik itu kini di reman selama lima hari bagi membantu siasatan.
"Tangkapan ke atas mereka berjaya menyelesaikan tiga kes samun berkumpulan di sekitar Kota Bharu," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 19 2023

Tiga beradik itu dikatakan mempunyai modus operandi yang sama iaitu memasuki kedai dengan bersenjatakan sebilah kapak dan pisau lalu mengacukan ke arah pekerja kedai. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Bekas banduan ditahan curi kabel di Teluk Intan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dengan enam kegiatan mencuri kabel pencawang telekomunikasi sekitar daerah Teluk Intan sejak Januari lepas.

Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan
Mangsa berusia 65 tahun telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu membeli kalungan bunga jualannya.

Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat samun, pecah kedai, curi kenderaan di empat negeri
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.

Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda.

Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku dengan seorang wanita.

Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.

Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.