Ibarat mati hidup semula! Itulah gambaran yang dikongsikan tiga bekas tentera yang cedera parah akibat pertempuran dengan komunis ketika bertugas menjaga keamanan negara sekitar 1970-an.
Yahya Kamis, 64, yang berkongsi pengalaman itu kepada Bernama berkata dia mengalami kecacatan kekal pada kaki kiri selepas betisnya terkena tembakan, manakala dua rakannya meninggal dunia dalam kejadian serang hendap oleh komunis pada 28 Mac 1979.
Dia yang ketika itu berkhidmat di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berkata kejadian pada 10 pagi itu berlaku semasa dia bersama lima lagi anggota tentera dalam perjalanan menaiki sebuah trak, dari Pengkalan Hulu ke Bukit Berapit, Perak, untuk menghantar bekalan makanan kepada anggota operasi.
"Dalam perjalanan itu, apabila kami sampai di kawasan Kampung Air Panas, Gerik, secara tiba-tiba kami enam orang diserang hendap oleh komunis, hingga menyebabkan dua rakan saya meninggal dunia di tempat kejadian.
"Waktu itu, anggaran dalam 20 orang komunis menyerang hendap kami. Saya rasa kami saling berbalas tembakan ketika itu dengan pihak komunis berlaku lebih kurang 15 minit, sebelum kereta perisai yang berada di hadapan patah balik memberikan bantuan," katanya.
Yahya berkata meskipun kaki kirinya sudah tidak kuat dan normal seperti biasa akibat urat putus, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus bertugas sebagai anggota tentera, sebelum bersara pada 1994.
Sementara itu, Othman Shaari, 75, pula berkata dia mengalami kecederaan parah pada bahagian pinggang belakang selepas terkena tembakan komunis yang menyerang trak dinaikinya bersama 13 anggota lain, di kawasan Gubir dekat Sik pada 20 Januari 1976.
Othman yang ketika itu dari Rejimen Askar Wataniah berkata kejadian itu berlaku pada 8.45 pagi, semasa dia bersama rakan lain dalam perjalanan keluar dari Kem Gubir selepas menamatkan operasi selama tiga bulan, mengawal Empangan Gubir.
"Tiba-tiba ketika sampai di satu selekoh kira-kira 700 meter dari Kem Gubir, ada terdengar bunyi tembakan dari atas bukit, rupanya pihak komunis cuba menyerang kami. Saya bersama rakan lain turut berbalas tembakan hingga menyebabkan tiga daripada kami cedera parah termasuk saya," katanya.
Katanya, tembakan komunis itu menyebabkan peluru terbenam kira-kira enam sentimeter pada bahagian atas buah pinggangnya dan terpaksa bertarung nyawa kira-kira empat jam, sebelum bantuan sampai untuk membawa anggota cedera mendapatkan rawatan di hospital.
"Dua minggu di Hospital Pulau Pinang, baru peluru pada bahagian pinggang belakang saya ini berjaya dibuang. Lebih kurang 45 hari saya terlantar di Hospital Pulau Pinang disebabkan kejadian serangan ini. Kini, kesan daripada tembakan ini, pinggang belakang saya ada kala masih sakit dan kaki kanan saya jadi lembik dan sudah tidak kuat lagi," katanya.
Berkongsi pengalaman sama, Noor Muhammad Lawamiah, 62, bekas komando tentera kini cacat kaki kanannya akibat terkena jerangkap samar, ketika membuat tinjauan bersama komando lain di kawasan Op Gubir Muda 1 pada 1978.
"Ketika itu adalah pagi Hari Raya pertama dan saya terpijak jerangkap samar hingga kaki kanan hancur dan putus. Saya terpaksa menunggu antara dua hingga tiga jam sebelum bantuan tiba bawa saya keluar dari kawasan tersebut. Tetapi semua ini tidak mematahkan semangat saya untuk bekerja.
"Kami ketika itu bersemangat bekerja untuk negara, utamakan keperluan negara berbanding keperluan sendiri. Kira masuk operasi, fikir masalah negara sahaja...tidak ingat anak isteri dah. Masuk nak cari komunis, cari musuh negara sahaja," katanya.
Sehubungan itu, sempena Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini, ketiga-tiga mereka meminta rakyat Malaysia terutamanya golongan muda menghargai pengorbanan tentera terdahulu, yang sanggup menggadai nyawa bertempur dengan komunis, bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.
"Hargailah keamanan yang sudah ada di negara ini...jangan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir tidak baik," kata Noor Muhammad.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 30 2019
Dari kiri, Yahya, Othman dan Noor Muhammad, berkongsi pengalaman pahit manis bertugas menjaga keamanan negara sekitar 1970-an, ketika ditemu ramah Bernama baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Produktiviti buruh kunci pertumbuhan ekonomi Indonesia - Menteri
Menurut Yassierli, program skilling direka untuk melengkapkan pencari kerja dan siswazah baharu.
Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam
Larangan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, melibatkan pengharaman imej produk tidak sihat.
Penerbangan Moscow-Dubai UTair berpatah balik kerana kemungkinan masalah teknikal
Syarikat penerbangan Rusia, UTair, pada Sabtu memaklumkan bahawa pesawatnya yang sedang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo selepas men
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.
Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.
Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA
Pasangan kembar berusia 19 tahun itu mendapat tawaran ke skuad kebangsaan selepas hanya dua tahun mempelajari karate.
Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.
UNRWA pindah beribu fail pelarian dari Gaza, Tebing Barat ke lokasi selamat
Philippe Lazzarini menegaskan bahawa "UNRWA adalah pemegang amanah kepada identiti dan sejarah pelarian Palestin."
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.