TUMPAT: Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.30 malam selepas pengumuman nama pemenang.
Wakil daripada salah satu empat pasukan yang bertanding mula membuat kecoh dan mendakwa berlaku ketidakadilan serta campur tangan pihak luar.
Kekecohan semakin panas apabila ada individu yang tidak berpuas hati bertindak ke meja juri sebelum diterbalikkan.
Bagaimanapun, jawatankuasa keselamatan berjaya meleraikan pergaduhan berkenaan dan cuba menenangkan pihak terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, kekecohan yang berlaku dapat diselesaikan antara mereka sahaja.
"Tiada laporan polis dibuat mengenai kekecohan yang mungkin tercetus daripada salah faham antara pasukan bertanding," katanya.
Pertandingan akhir dikir barat itu merupakan antara acara kemuncak FKRK 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lalu.
Pertandingan dikir barat membabitkan empat kumpulan iaitu Sirat Maharaja, Medan Kemulang, Lepah Jati dan Bentara Pujangga. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 24 2023
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, kekecohan yang berlaku dapat diselesaikan antara mereka sahaja. - Gambar/ Sinar Harian
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Tidak puas hati keputusan juri, pertandingan dikir barat kecoh
Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.