PONTIAN: Isu siapa yang mencetuskan konsep Rahmah tidak perlu dipertikai mana-mana pihak selagi ia dapat memanfaatkan rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata ini kerana inisiatif Rahmah yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk memberikan faedah kepada rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
"Saya tidak ada masalah sekiranya mereka (ada parti politik) hendak tuntut tentang inisiatif Rahmah, yang penting bagi saya rakyat yang mendapat faedah.
"Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, di era beliau sudah ada 'baby' iaitu Wawasan 2020, jadi saya rasa itu tidak menjadi pertikaian. Jadi bagi saya, biarlah era Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan konsep MADANI dan memperkenal inisiatif Rahmah yang dapat menyantuni serta mendasari setiap keperluan rakyat," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka di kediamannya di Tanjung Piai, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA) Mahdzir Ibrahim bahawa konsep Rahmah merupakan hasil cetusan Dr Mahathir.
BACA: Konsep Rahmah diperkenal Mahathir bukan Anwar - GTA
Terdahulu, Mahdzir dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata konsep 'Rahmah' yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan didakwa bukan daripada idea Ahli Parlimen Tambun itu sebaliknya merupakan gagasan Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketujuh.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri di enam negeri sebagai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), beliau berkata perkara itu tidak seharusnya dipolitikkan.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara berkata Perdana Menteri mempunyai cara yang tersendiri dalam menyantuni rakyat dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka itu di negeri-negeri.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengadakan Majlis Rumah Terbuka di kediaman rasmi yang biasanya setiap Perdana Menteri buat pada pagi raya.
"Jadi kali ini, beliau putuskan untuk buat di luar Kuala Lumpur, jadi itu cara masing-masing apabila seorang Perdana Menteri itu diberikan amanah, jadi yang lain tidak perlu cemburu, kalau mereka berpeluang (mentadbir) buat dengan cara mereka, jadi jangan ia dipolitikkan," katanya.
Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri akan dimulakan di Kedah pada 29 April ini diikuti Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Selangor pada 14 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023
![Tidak perlu pertikai siapa cetus konsep Rahmah - Salahuddin Tidak perlu pertikai siapa cetus konsep Rahmah - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677749816_SalahuddinAyub.jpg)
SALAHUDDIN: Saya tidak ada masalah sekiranya mereka (ada parti politik) hendak tuntut tentang inisiatif Rahmah, yang penting bagi saya rakyat yang mendapat faedah. - Gambar fail/BERNAMA
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Tidak perlu pertikai siapa cetus konsep Rahmah - Salahuddin Tidak perlu pertikai siapa cetus konsep Rahmah - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677749816_SalahuddinAyub.jpg)
Tidak perlu pertikai siapa cetus konsep Rahmah - Salahuddin
Isu siapa yang mencetuskan konsep Rahmah tidak perlu dipertikai mana-mana pihak selagi ia dapat memanfaatkan rakyat.
![Masyarakat tanpa mengira agama perlu bersama-sama jaga alam sekitar Masyarakat tanpa mengira agama perlu bersama-sama jaga alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571492535_DrMujahidYusofRaw.jpg)
Masyarakat tanpa mengira agama perlu bersama-sama jaga alam sekitar
Beliau berkata semua agama yang dianuti rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menerapkan prinsip-prinsip menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar.