KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran bertindak lebih tegas dengan tidak membenarkan dine-in di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelakkan Malaysia menerima nasib sama seperti India.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, berdasarkan kajian antarabangsa, kedai makanan menjadi antara lokasi berisiko tinggi penyebaran jangkitan COVID-19.
"Pada ketika ini, kerajaan perlu mengutamakan kepentingan kesihatan rakyat berbanding kepentingan lain.
"Kita mesti pastikan, Malaysia tidak menjadi seperti di India. Kita seolah-olah sedang menghampiri situasi di sana," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan sesetengah pihak yang mahu kerajaan membenarkan pelanggan makan di kedai atau restoran sepanjang tempoh PKP ini.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa makan di restoran atau dine-in di kawasan PKP adalah tidak dibenarkan.
Zainal Ariffin yang sependapat berkata, orang ramai masih mempunyai pilihan untuk melakukan pesanan makanan secara dalam talian, pandu lalu atau dibungkus untuk dibawa pulang.
Menurutnya, meskipun sistem kesihatan negara antara yang terbaik di dunia namun kerajaan masih perlu bertindak dengan tegas dalam hal-hal pencegahan.
Umavathi Ramayah
Sat May 08 2021
Dr Zainal Ariffin Omar bekata, berdasarkan kajian antarabangsa, kedai makanan menjadi antara lokasi berisiko tinggi penyebaran jangkitan COVID-19. - Gambar hiasan/Unsplash.com - FreeImages
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
Tinjauan CNN: Panarafan kelulusan Biden merosot ketika pengundi luahkan ketidakpuasan
Penarafan kelulusan Presiden AS, Joe Biden yang bakal berundur menunjukkan penurunan di seluruh negara.
Siapa ke White House, Harris atau Trump?
Pandangan geostrategis Azmi Hasan mengenai pillihan raya Presiden Amerika Syarikat, saingan antara Kamala Harris dari Demokrat dan Donald Trump, wakil Republikan dalam proses demokrasi yang dianggap sengit dalam sejarah negara itu.
Tanpa pelaburan tahan cuaca, bandar-bandar dunia diancam kerugian AS$1 trilion setiap tahun - Laporan PBB
Bandar-bandar di seluruh dunia memerlukan sehingga AS$5.4 bilion untuk membina infrastuktur bandar yang mampu beradaptasi dengan ancaman perubahan iklim.
Krisis iklim: 2 bilion penduduk bandar terancam - Laporan PBB
Laporan Bandar Dunia 2024 mendedahkan usaha dan tindakan untuk beradaptasi dengan perubahan iklim masih pada kadar perlahan.
Siapa bakal duduki White House, Harris atau Trump?
Pengudian mula dibuka bagi membolehkan 240 juta warga Amerika memilih Presiden baharu mereka di antara Kamala Harris dari Demokrat atau Donald Trump, calon Republikan bagi penggal empat tahun sehingga 2028.
Parlimen: Isu kos sara hidup, konflik harimau antara tumpuan hari ini
Isu kos sara hidup rakyat, konflik manusia dan harimau serta sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Harris, Trump terikat dalam undian di Dixville Notch
Calon Demokrat, Kamala Harris dan pencabarnya, Donald Trump terikat dalam undian di Dixville Notch, sebuah pekan kecil di New Hampshire, negeri yang mempunyai 1.4 juta penduduk.
Deejay putar lagu ajak orang ramai mengundi di North Carolina
Seorang Deejay memutarkan lagu di pusat mengundi di North Carolina dalam usaha mengajak orang ramai mengundi yang mana ia merupakan sebahagian daripada kempen nasional yang digelar DJs at the Polls.
Sukarelawan pilihan raya beri penjelasan kerosakan perisian
Sebuah video tular mendedahkan seorang sukarelawan pilihan raya sedang memberi penjelasan masalah kerosakan perisian kepada pengundi di pusat pengundian di Ebensburg, Cambria County, Pennsylvania pada Selasa.
McDonald's Malaysia tawarkan pengalaman 'dine-in' terbaik dan selamat
Kru di restoran itu juga tidak sabar untuk memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan.
Ini kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi negeri Fasa 1 PPN
Ini kebenaran yang diberikan bagi negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang boleh dilakukan bermula esok.
Individu lengkap divaksin di negeri Fasa 1 PPN boleh 'dine-in' bermula esok - Muhyiddin
Ia merupakan salah satu daripada kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi yang diberikan kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
PPN: Peniaga, pemilik restoran mohon SOP 'dine-in' dilonggarkan
Hanya peniaga dan pekerja kedai makan lengkap dua dos vaksinasi boleh menerima pelanggan.
Penguatkuasaan SOP lengkap dua dos vaksin bagi restoran, pasaraya bukan hukuman
Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) lengkap dos vaksin dan berisiko rendah bagi restoran dan pasaraya bukan bertujuan untuk mengenakan hukuman atau penalti.
Perak kaji keperluan ketat SOP 'dine-in'
Nolee Ashilin berkata, adalah tidak memadai hanya pelanggan yang divaksinasi, sebaliknya pekerja juga harus divaksinasi juga.
Kekal patuhi SOP walaupun diberi kebenaran 'dine-in' - MPKB
MPKB-BRI mengingatkan kepada peniaga dan pelanggan supaya terus mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) walaupun aktiviti "dine-in" dibenarkan mulai hari ini.
Kebenaran makan di kedai: Peniaga sedia sambut pelanggan lengkap vaksinasi
Rata-rata pemilik restoran membuat persediaan rapi bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) para pelanggan.
Sarawak benarkan dine-in di premis makanan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan semula premis makan beroperasi secara dine-in berkuat kuasa esok.
'Dine-in' dibenarkan di Sarawak bermula 14 Julai
Selepas Sabah, giliran kerajaanSarawak membenarkan aktiviti dine-in di restoran dan kedai makan berkuatkuasa Rabu ini.