KUALA LUMPUR: Bermula esok, 20 Ogos, individu yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk 'dine-in' atau makan di restoran bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan ia merupakan salah satu daripada kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi yang diberikan kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
Pertimbangan itu dibuat mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang telah melebihi 50 peratus.
"Mesyuarat turut mengambil maklum perkembangan awal yang positif daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di beberapa buah negeri iaitu di WP Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan dan negeri-negeri Lembah Klang.
"Data yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa setakat ini, kesemua negeri yang dinyatakan telah mula menunjukkan penurunan bilangan kes bagi kategori 3 hingga 5 apabila liputan dos lengkap vaksin COVID-19 bagi populasi dewasa (18 tahun dan ke atas) telah melebihi 40 peratus.
"Pada masa yang sama, data daripada Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) bagi Hospital menunjukkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang juga bertambah baik," katanya menerusi kenyataan di Facebook.
BACA: Fasa 1 PPN: Kerajaan setuju buka 11 sektor ekonomi mulai 16 Ogos
Perkembangan itu, kata Muhyiddin, selari dengan pencapaian kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di Lembah Klang yang memberangsangkan iaitu 73.8 peratus.
Seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi beberapa kriteria iaitu melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua bagi Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac, manakala bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
Selain kebenaran dine-in, turut diberi kebenaran beroperasi di negeri Fasa 1 PPN ialah pasar malam dan pasar minggu serta aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor).
Madiha Abdullah
Thu Aug 19 2021
Perkembangan itu, kata Muhyiddin, selari dengan pencapaian kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di Lembah Klang yang memberangsangkan iaitu 73.8 peratus. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.