KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengingatkan kepada peniaga dan pelanggan supaya terus mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) walaupun aktiviti "dine-in" dibenarkan mulai hari ini.
Yang Dipertua MPKB Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan kemudahan-kemudahan kepada individu yang lengkap divaksin, MPKB-BRI menjangkakan aktiviti makan di kedai atau 'dine in' akan kembali rancak.
Sehubungan itu, beliau berkata operasi pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan dipertingkat bagi memastikan pematuhan SOP yang tinggi oleh masyarakat dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
"MPKB-BRI ingin memberi peringatan kepada masyarakat, terutama kalangan peniaga dan pengunjung yang makan di kedai, bahawa tindakan di bawah Akta 342 serta Undang-Undang Kecil MPKB-BRI yang sedia ada akan dikenakan terhadap peniaga dan individu yang melanggar SOP.
"Bagi individu yang ingin "dine-in" mestilah menunjukkan sijil pengenalan digital yang mengesahkan individu tersebut telah lengkap divaksin. Bagi pemilik premis, mereka perlu memaparkan di pintu masuk kedai, nama dan jumlah pekerja yang telah lengkap divaksin, di samping perlu memastikan penjarakan sosial dipatuhi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tuan Zainal Abidin berkata pihak MPKB-BRI juga tidak teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada individu mengikut undang-undang di bawah Perintah 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPP) Akta 342, jika didapati terdapat pelanggaran SOP.
"Kompaun juga akan dikenakan kepada pemilik premis makanan atau gerai penjaja di bawah perintah yang sama atas kesalahan membenarkan pelanggan yang belum lengkap divaksin makan di premis makanan atau gerai mereka," katanya.
Tambahnya, selain tindakan kompaun, tindakan tegas tambahan akan dikenakan termasuk menyita dan menutup premis perniagaan di bawah Seksyen 38 dan Seksyen 43 Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB-BRI 2019.
Katanya pembatalan lesen penjaja dan penyitaan gerai di bawah Seksyen 4 Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB-BRI 1986 juga boleh dilakukan.
"Pihak MPKB-BRI amat mengharapkan agar semua lapisan masyarakat terus istiqamah mematuhi segala SOP di bawah fasa dua Plan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan bersama-sama berusaha mengekang penularan rantaian wabak COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
Tuan Zainal berkata operasi pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan dipertingkat bagi memastikan pematuhan SOP yang tinggi oleh masyarakat. - Gambar hiasan/BERNAMA
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.