KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak berbangga dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau telco yang mencatat keuntungan RM1 bilion tetapi masih menyediakan perkhidmatan tidak memuaskan untuk rakyat.
Beliau berkata kerajaan telah melabur berbilion ringgit untuk menyediakan infrastruktur telekomunikasi antaranya projek hab gentian optik titik kehadiran atau 'Point of Presence' (PoP) dengan kos hampir RM4 bilion untuk rakyat tanpa mengharap pulangan kewangan walau sesen.
Justeru, katanya beliau setuju telco mendapat keuntungan namun perlu bertanggungjawab dengan melabur sebahagian keuntungan diperoleh untuk teknologi bagi meningkatkan mutu capaian internet mereka sediakan, selari dengan pembangunan infrastruktur dilaksana kerajaan.
"Infrastruktur itu disediakan kerajaan, TM dan sebagainya tetapi peringkat akhir itu disediakan operator (telco) bergantung perkakasan mereka pasang di menara, tetapi telco ini ada keutamaan mereka kalau pelanggan banyak di satu kawasan dia tertumpu di situ dan kawasan pinggiran, pekakasan tidak dinaik taraf.
"Inilah menyebabkan internet 4G itu (kelajuan) boleh jadi 10mbps hingga 100mbps bergantung perkakasan peringkat akhir disediakan telco itu, justeru saya buat seruan kepada telco kita kini kena jalan berganding tangan beri perkhidmatan terbaik untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kenderaan Digital Satellite News Gathering (DSNG) RTM Sabah di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Kepayan sini hari ini.
Menurut Annuar liputan 4G contohnya di Sabah adalah pada tahap 86 peratus untuk kawasan berpenduduk, namun kualiti Internet di sesetengah kawasan yang mempunyai liputan itu masih tidak mencapai kelajuan yang dikehendaki.
"Ada tempat (4G) 10mbps, ada tempat belas-belas mbps, ada tempat sekitar 20mbps begitu, sedangkan matlamat kualiti minimum kita purata 4G LTE mesti 35mbps… kalau kita nak capai tahap itu tempat banyak penduduk kena capai 60, 70, 100mbps kerana Internet ini bila ramai penduduk kelajuan jatuh.
"Liputan 4G itu, macam mana kita mahu perbaiki kelajuan itu kita lancar PoP tadi, kita dapatkan Internet lebih stabil… 4G itu hanya suatu teknologi yang membolehkan ia memberi keupayaan (Internet) lebih tinggi tetapi berapa tinggi bergantung kepada infrastruktur dan pekakasan disediakan," katanya.
Annuar berkata selain menaik taraf perkakasan telekomunikasi di menara, pelaburan tambahan yang disaran dibuat telco adalah bersama-sama dengan pihak bertanggungjawab meningkatkan keupayaan menara itu sendiri antaranya daripada segi komponen bekalan kuasa elektrik sandaran.
"Bila bekalan elektrik itu terputus secara automatik Internet akan terputus kerana menara ini bergantung kepada bekalan elektrik, jadi telco dan mereka diamanahkan boleh lihat untuk buat menara hibrid seperti ada bekalan kuasa dari panel solar dan generator, bukan beri khidmat sekadar ada sahaja," katanya.
Beliau berkata usaha memberikan kemudahan Internet berkelajuan tinggi tidak akan ke mana tanpa telco menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama meningkatkan kemudahan telekomunikasi untuk rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Annuar (kiri) menyempurnakan perasmian kenderaan Digital Satelit News Gathering (DSNG) di RTM Sabah, Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kepayan, Kota Kinabalu, hari ini. --fotoBERNAMA
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.