Tiba masa pengasingan peranan Peguam Negara sebagai penasihat kerajaan dan pendakwa raya kerana kedua-dua peranan itu menyebabkan masalah dan konflik kepentingan.
Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel berkata keputusan mahkamah lepas dan bebas melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam menunjukkan betapa pentingnya pengasingan kuasa berkenaan.
“Mustahil untuk Peguam Negara pikul juga tanggungjawab pendakwa raya kerana ia memberi ruang untuk pengaruh atau gangguan daripada kerajaan dan eksekutif.
“Salah satu urus tadbir kerajaan yang perlu perubahan segera ialah perkara ini, tetapi ia memerlukan sokongan dua per tiga ahli Dewan Rakyat agar pengasingan ini berlaku,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan lepas Ahli Parlimen Bagan dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon daripada dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa oleh mahkamah semalam.
Cynthia menjelaskan, pertindihan peranan itu pada masa ini menyebabkan konflik kepentingan terutama dalam kes-kes di mana peguam negara perlu membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk mendakwa kes terhadap kerajaan.
Tambah Cynthia, saranan pengasingan kuasa ini pernah dikemukakan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu dan dimasukkan ke dalam manifesto PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Saranan yang sama turut telah dikemukakan kepada kerajaan terdahulu, namun ia tidak mendapat perhatian.
Afiezy Azaman
Tue Sep 04 2018
Menurut Cynthia, mustahil untuk Peguam Negara pikul juga tanggungjawab pendakwa raya. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah
Lalitha mendakwa kandungan artikel dan ciapannya berhubung Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki diperoleh daripada sumber yang sah.
MACC perlu rombakan menyeluruh bagi memulih kredibiliti dan kebebasan
Kejadian ini telah merosakkan, secara menyeluruh, kepercayaan rakyat terhadap sebuah institusi awam yang sepatutnya bertindak bebas.
[KOLUMNIS] Reformasikan budaya pendanaan politik kita agar lebih telus
Satu isu yang belum mendapat perhatian sewajarnya adalah hubungan antara badan amal atau badan sosial dengan penaung politik mereka.
Taman Rimba Kiara: C4 puji keputusan Mahkamah Rayuan, gesa siasat Ku Nan
C4 puji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.
C4 bakar buku manifesto PH protes kemelut politik negara
Menerusi satu video yang dimuat naik di Twitter, Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel dilihat bersama beberapa ahli C4 membakar Buku Harapan yang mengandungi janji manifesto Pakatan Harapan (PH).
Fokus isu lebih penting dari debat Najib, Kit Siang - C4
Penasihat DAP, Lim Kit Siang disaran tidak perlu berbahas dengan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Tiba masa pengasingan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya
Peguam Negara yang juga memikul tanggungjawab pendakwa raya membuka ruang untuk pengaruh atau gangguan daripada kerajaan dan eksekutif.