IPOH: Kerajaan Perak tidak memberikan sebarang subsidi kepada penternak khinzir kerana kadar sara diri pengeluaran (SSL) bagi daging berkenaan melebihi daripada keperluan.
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria, berkata justeru tiada keperluan untuk kerajaan Pusat mahupun negeri memberikan subsidi kepada bahan makanan mentah berkenaan.
“Pertamanya daging khinzir ni mungkin bukan menjadi suatu makanan kepada keseluruhan rakyat di negara ini.
“Dan setakat ini di Negeri Perak, SSL untuk pengeluaran daging khinzir ini sudah hampir kepada 300 peratus iaitu 284 peratus.
“Justeru ia tidak menjadi kritikal. Dan mungkin sebab itu tidak ada pertimbangan daripada pihak kerajaan (untuk pemberian subsidi untuk bahan makanan itu).
“Malah ia juga bukan menjadi satu isu nasional seperti daging ayam. Disebabkan itu, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) ada mengambil tindakan untuk mengawal harga ayam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soalan lisan sempena Mesyuarat Kedua, Tahun Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Isnin.
Razman menjawab soalan tambahan berhubung isu pemberian subsidi dan bantuan kepada penternak khinzir yang dibangkitkan Howard Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinjir).
Terdahulu, Chong Zhemin (DAP-Keranji) turut membangkitkan perkara sama susulan berlaku peningkatan ketara terhadap harga daging khinzir di pasaran.
“Daging khinzir telah naik harga sebanyak enam kali iaitu daripada RM700 untuk 100 kilogram (kg) kepada RM1,200 untuk 100 kg.
“Ini bermakna, secara purata ia telah naik enam kali pada enam bulan. Setiap bulan, harganya naik sekali. Jadi saya rasa ini satu masalah yang kita perlu tangani,” katanya.
Razman kemudian berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang rungutan daripada penternak khinzir susulan kenaikan harga yang dinyatakan itu.
Ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan Zhemin, Razman berkata kerajaan negeri telah mengambil pelbagai kaedah bagi membantu penternak mengurangkan kos menternak.
Katanya, antara usaha berkenaan termasuk peruntukan sebanyak RM500,000 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera bagi sektor ternakan melalui bantuan kepada para penternak ruminan dan ayam kampung yang memenuhi syarat dan pengusaha secara kecil-kecilan.
“Pakej ini merangkumi bantuan daripada sudut penyediaan kursus dan pemberian peralatan atau mesin secara percuma kepada peserta iaitu mesin mixer dan tong kedap udara untuk para penternak dapat menghasilkan makanan ternakan alternatif.
“Jumlah kos dan kadar bagi seorang adalah RM2,000 yang bakal memberi manfaat kepada 250 orang penternak,” ujar beliau.
Tambahnya lagi, bagi langkah jangka masa panjang, kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) telah mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar makanan ternakan iaitu Cargill Feed Sdn Bhd, ini sebagai usaha mengawal harga pasaran dengan lebih baik dan terkawal untuk manfaat penternak.
Amirrul Rabbani
Mon Jul 18 2022
![Tiada subsidi kepada penternak khinzir Tiada subsidi kepada penternak khinzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658134106_Babi.jpg)
Razman berkata, tiada keperluan untuk kerajaan Pusat mahupun negeri memberikan subsidi kepada bahan makanan mentah berkenaan. - Gambar hiasan/ Bernama
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Prosedur permohonan TOL: Mohon dulu baru teroka - Saarani Prosedur permohonan TOL: Mohon dulu baru teroka - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720667948_SaaraniMohamad.jpg)
Prosedur permohonan TOL: Mohon dulu baru teroka - Saarani
Saarani berkata adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang individu meneroka tanah milik kerajaan tanpa kebenaran.
![405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak 405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720505316_diesel.jpg)
405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak
Sejumlah 405,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM871,395 telah dirampas di Perak dari 2023 hingga Mei tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
![Program kopi dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Perak, sokong usahawan tempatan Program kopi dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Perak, sokong usahawan tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709184813_TBSalbiahMohamed.jpg)
Program kopi dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Perak, sokong usahawan tempatan
Katanya, sambutan yang diterima Karnival Cherita Secangkir Kopi begitu menggalakkan, di samping berjaya menghimpunkan lebih 40 usahawan kopi.
![DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam 2023 DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702017704_TBSaaraniMohamad.jpg)
DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam 2023
Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wasiat Orang Islam (Perak) 2023.
![Perak umum bonus untuk ADUN Perak umum bonus untuk ADUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701928311_TBSaaraniMohamad.jpg)
Perak umum bonus untuk ADUN
Kerajaan Perak pada Khamis mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan gaji kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini.
![2,312 unit rumah tidak terjual di Perak tahun lalu - Exco 2,312 unit rumah tidak terjual di Perak tahun lalu - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632908868_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
2,312 unit rumah tidak terjual di Perak tahun lalu - Exco
Daerah tertinggi mencatatkan perumahan tidak terjual adalah Kinta (1,065), diikuti Manjung (498) dan Kampar (328).
![Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701661503_nursery.jpg)
Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.
![Jumlah KIR miskin tegar di Perak menurun 51 peratus - MB Jumlah KIR miskin tegar di Perak menurun 51 peratus - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701663196_TBSaaraniMohamad.jpg)
Jumlah KIR miskin tegar di Perak menurun 51 peratus - MB
Saarani berkata, jumlah tersebut merangkumi 4,819 orang berbanding 9,402 KIR miskin tegar pada Januari lalu.
![Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701409363_TBSAARANIjpg.jpg)
Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.
![Perak umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.35 bilion Perak umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.35 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701405665_TBSAARANIjpg.jpg)
Perak umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.35 bilion
Belanjawan Negeri Perak 2024 melibatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM491 juta dan perbelanjaan mengurus RM856 juta.