Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan rambang akibat amukan seorang anggota tentera yang mengorbankan 26 orang dan mencederakan 57 lagi di Nakhon Ratchasima (juga dikenali sebagai Korat) di timur laut Thailand.
Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata "setakat ini tiada rakyat Malaysia (yang terlibat)."
Kedutaan Malaysia di Bangkok turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan keluarga mereka yang terjejas akibat insiden tembakan yang begitu mengejutkan itu.
"Kami berhadap mereka yang cedera cepat sembuh," katanya di halaman rasmi Facebooknya hari ini.
Pemeriksaan di beberapa hospital di Nakhon Ratchasima menyaksikan bahawa terdapat rakyat asing yang cedera dalam insiden itu.
Sementara itu, kedutaan dan duta yang berada di Thailand turut mengucapkan takziah kepada keluarga serta mangsa insiden tembakan rambang tersebut melalui akaun twitter masing-masing.
BACA: Suspek amuk Thailand ditembak mati
BACA: Amuk askar Thailand: Anggota pasukan keselamatan terbunuh ketika serbuan
Kedutaan Amerika Syarikat menulis "kami bersama-sama rakyat Thailand dan sedih dengan tragedi yang berlaku di Nakhon Ratchasima."
"Kami mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga serta rakan mereka," katanya.
Sementara itu, Duta Kesatuan Eropah ke Thailand Pirkka Tapiola menulis "doa dan ingatan kami bersama-sama rakyat Thailand pada masa yang mencabar ini. Kami berdiri dalam solidari dengan rakan-rakan kami di Thailand."
Terdahulu hari ini, pasukan keselamatan Thailand telah menembak mati anggota tentera terbabit, Jakrapanth Thomma, 32, di sebuah pusat membeli-belah di Nakhon Ratchasima di mana dia bersembunyi selama kira-kira 17 jam.
Sejumlah 57 orang cedera, 25 daripada mereka telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan manakala 32 lagi masih berada di hospital termasuk 12 yang perlu menjalani pembedahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 09 2020

Kedutaan Malaysia di Bangkok turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan keluarga mereka yang terjejas akibat insiden tembakan yang begitu mengejutkan itu. - Gambar REUTERS

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan rambang di Thailand - Duta
Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata "setakat ini tiada rakyat Malaysia (yang terlibat)."