KUALA LUMPUR: Tiada projek pembangunan komersial yang diluluskan atau diberi milik kepada pemaju melibatkan enam kolam takungan banjir di ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata sebaliknya projek pembangunan hanya melibatkan di pinggiran dua kolam takungan banjir iaitu Kolam Wahyu dan Kolam Delima di Kepong, dan pembangunan itu masih tidak menjejaskan kedua-dua kolam terbabit.
"Tiada kolam takungan banjir yang diberi milik atau kelulusan bagi pembangunan sehingga menyebabkan kapasiti air yang ada itu berubah seperti dakwaan sebelum ini, tidak ada.
"Pembangunan yang ada hanya di Kolam Taman Wahyu dan Kolam Delima tapi hanya di pinggiran, bukan melibatkan kawasan air," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi taklimat status kolam takungan banjir bersama dengan ahli-ahli parlimen dari Kuala Lumpur di sini hari ini.
Shahidan berkata proses pemilikan tanah di pinggiran kedua-dua kolam takungan banjir terbabit di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan terus kepada pemaju tanpa melibatkan pihak ketiga.
Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan enam kolam takungan banjir ditukar status untuk projek pembangunan setelah beberapa Ahli Parlimen membuat laporan polis mengenai dakwaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Shahidan berkata sebaliknya projek pembangunan hanya melibatkan di pinggiran dua kolam takungan banjir iaitu Kolam Wahyu dan Kolam Delima di Kepong. - Gambar fail/ Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada projek pembangunan di kolam takungan banjir di Kuala Lumpur - Shahidan
Tiada projek pembangunan komersial yang diluluskan atau diberi milik kepada pemaju melibatkan enam kolam takungan banjir di ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Banjir: SPRM buka kertas siasatan kes kolam takungan air - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan enam kolam takungan banjir di sekitar ibu negara yang diluluskan ditukar status untuk projek pembangunan.
Kontroversi kebenaran pembangunan di 6 kolam takungan banjir
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 mendedahkan, kelulusan diberi dari tahun 2015 hingga 2020.
Kolam takungan banjir jadi projek perumahan mega
Vincent Yap berkata, situasi tersebut berlaku di kolam takungan Nanyang, Wahyu dan Delima.
Pasang pagar, tambah tanda amaran di bekas tapak lombong Puchong
JPS mengambil serius aspek keselamatan di kolam takungan banjir itu memandangkan ia bukan kawasan bagi orang ramai melakukan aktiviti air dan riadah.