Buat masa ini, tiada polisi berkenaan pengguguran janin yang dijangkiti virus Zika di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, mengikut undang-undang pengguguran kandungan hanya boleh dibuat jika membahayakan kesihatan ibu, bukannya anak.
Sehubungan itu, setiap pesakit akan ditangani mengikut kes, berdasarkan nasihat pakar sakit puan yang merawat mereka.
"Buat masa ini, mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan, kami hanya membenarkan pengguguran terapeutik perubatan sekiranya kandungan tersebut mengancam nyawa ibu. Sekiranya tidak, kami tidak dapat memberikan nasihat berhubung perkara ini, berdasarkan garis panduan sedia ada," katanya kepada pemberita dalam sidang media khas virus Zika di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam berhubung hukum menggugurkan janin bagi ibu yang dijangkiti Zika, ujar Dr. Subramaniam, ia tertakluk kepada tafsiran individu.
"Semalam Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa bahawa pengguguran janin dibenarkan sekiranya belum mencapai 120 hari. Itu adalah tertakluk kepada interpretasi setiap individu dan membuat keputusan berdasarkan komitmen agama masing-masing.
"Namun bagi pihak Kementerian Kesihatan, kami akan menangani setiap kes secara individu dimana doktor khususnya pakar sakit puan yang merawat pesakit berkenaan akan menasihati pesakit berkenaan tentang risiko, apa perkara yang perlu dilakukan dan pemantauan yang perlu dibuat," katanya.
Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa bahawa orang Islam boleh menggugurkan kandungan mereka yang dijangkiti virus Zika sekiranya ia didapati memudaratkan kehidupan keluarga atau bayi itu sendiri.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada beberapa syarat termasuk janin belum mencapai usia 120 hari serta mendapat persetujuan ibu bapa.
Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes ketiga jangkitan virus Zika melibatkan seorang wanita mengandung di Johor Bahru.
Kes pertama sebelum ini adalah kes import dari Singapura membabitkan seorang wanita berumur 58 tahun dari Klang, Selangor.
Manakala kes kedua melibatkan kes jangkitan tempatan di Sabah.
Tan Su Lin
Wed Sep 07 2016

Mengikut undang-undang, pengguguran kandungan hanya boleh dibuat jika membahayakan kesihatan ibu, bukannya anak. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Polis sah terima dua laporan isteri Hafidz Roshdi gugurkan kandungan
Polis mengesahkan menerima dua laporan daripada pelakon Muhammad Hafidz Roshdi berhubung dakwaan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri menggugurkan kandungan.

Upacara 'pindah janin' jadi helah bomoh rogol remaja hamil
Pelajar sebuah sekolah menengah di Jawa Tengah yang hamil anak luar nikah lima bulan itu telah dirogol sebanyak tiga kali selepas dia dihantar oleh keluarganya atas alasan mahu menutup aib.

Wanita bawa janin kepada polis selepas perut ditendang 6 jahanam
Seorang wanita menunjukkan pegawai polis janin yang telah gugur selepas perutnya ditendang oleh enam lelaki semasa majlis perkahwinan.

Kejiranan Tokyo gempar penemuan tujuh janin dalam botol disembunyi di bawah rumah
Semua janin yang disimpan dalam botol itu disembunyikan di bawah kediaman yang terletak di Bunkyo Ward, Hakusan tersebut.

Zika: Belum ada keputusan berhubung pengguguran kandungan - Menteri Kesihatan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata semua maklumat saintifik telah dikongsikan bersama pihak Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu berkenaan.

Tiada polisi gugur janin dijangkiti Zika buat masa ini - Subramaniam
Mengikut undang-undang, pengguguran kandungan hanya boleh dibuat jika membahayakan kesihatan ibu, bukannya anak.