1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak pernah memindahkan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
"1MDB tidak pernah memindahkan walau satu sen pun ke dalam akaun peribadi perdana menteri," katanya di dalam satu sesi penjelasan secara langsung bersama Presiden 1MDB di laman Facebook, Friends of BN pada Sabtu.
Arul Kanda turut menjelaskan bahawa isu perpindahan wang sejumlah RM2.6 bilion merupakan antara soalan panas yang sering ditanyakan kepada beliau sepanjang sesi ceramah umum yang dianjurkan bagi menjelaskan isu berkaitan1MDB.
"Sejak saya mengambil alih sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB pada Januari 2015, saya telah membuat ceramah dan roadshow pada masa itu, dan membuat temuramah dengan media tempatan dan antarabangsa seperti BBC News, Bloomberg TV, Financial Times dan sebagainya, ini bukan perkara baru," jelasnya.
Katanya berdasarkan penjelasan yang diberikan sepanjang sesi ceramah umum, pemahaman masyarakat berhubung isu ini semakin jelas.
Bagaimanapun, katanya, sejak awal tahun ini, pembangkang telah membuka semula cerita 1MDB dan mengitar semula berita lama yang sebenarnya sudah tidak ada isu.
"Sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB mengambil keputusan untuk mengadakan roadshow, supaya setiap persoalan yang dikemukakan rakyat mengenai isu itu, terjawab. Sehingga hari ini, saya telah mengadakan sesi penerangan di 30 lokasi di seluruh negara," katanya.
Selain siri jelajah, penerangan berkaitan 1MDB boleh didapati menerusi laman sesawang www.arulkanda.com yang menghimpunkan artikel, blog, temuramah dan video ringkas penjelasan Arul Kanda berhubung isu 1MDB.
"Isu 1MDB ini sebenarnya adalah isu perniagaan, bagaimanapun ianya telah dipolitikkan," tegas beliau.
Sementara itu, mengulas mengenai status hutang negara, Arul Kanda berkata, rakyat harus membandingkan kadar hutang negara dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi mendapat gambaran sebenar.
Jumlah hutang kerajaan persekutuan pada penghujung 2017 adalah RM686.8 billion atau 50.8 peratus daripada KDNK dan ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan negara lain.
"Kerajaan mempunya keupayaan untuk membayar hutang tersebut di samping mempunyai polisi untuk mengurangkan jurang pendapatan negara dan kadar hutang negara," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 06 2018
ARUL: Sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB mengambil keputusan untuk mengadakan roadshow, supaya setiap persoalan yang dikemukakan rakyat mengenai isu itu, terjawab. - Gambar fail
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.